Wednesday, 25 July 2012

Wordless Wedneday #6: Logo Kemerdekaan Ke-55



>.<








 p/s: adeii..Sapo la yg dapat tender design nie, cantik lagi logo-logo tahun sudah
 (just my two cents >.<)

Friday, 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak~


Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu.. Mulai esok muslimin & muslimat dah start puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak 1433 hijriah.

Tahun 1430h, Ramadhan bertiga, 1431h pulak berempat, 1432h sudah masuk berlima & 1433h ini Alhamdulillah kami masih berlima. Mudah-mudahan segala yang kami rancangkan berjalan dengan lancar. Aminn~

Pada tahun nie juga kami berpuasa penuh di bumi kenyalang ~ jauh dari emak & bapakku. Setiap tahun, biasanya hari pertama & terakhir puasa mesti wajib berbuka dengan mereka. Tahun nie dah lain, kami merantau di negeri orang & semuanya kami handle sendiri. Sedih sangat..tahun pertama berjauhan dgn mereka begitulah.. InsyaAllah tahun-tahun akan datang aku dah mulai kebal sikit dengan keadaan nie.


Sempat lagi posing sebelum bertolak ke LCCT  itu hari

Ye, berkelana di tempat orang bukan mudah. Perlu fahami budaya, adat & paling penting bahasa & pertuturan perlu la selari kan. Jangan macam ayam dengan itik udahh..hehe. So far so good la kami d sini. Mr Daddy banyak membantu dari banyak segi. Aku je la kena pulun banyak benda nak catch up. Bila umur makin meningkat nie, otak pun makin lampi (lambat pickup huhu)

Semoga Ramadhan kali ini membawa banyak lembaran indah dalam hidup kami & paling penting ibadah seperti puasa, solat tarawikh & lain-lain dapat kami sempurnakan dengan lebih baik.

InsyaAllah..




SALAM RAMADHAN AL MUBARAK DARI KELUARGA MR. ENSOR.. (^_^)y




Wednesday, 18 July 2012

Sotong Goreng Kunyit^^


Salam 1Msia kawan-kawan..

Lama betul tak berupdate blog nie.. persiapan sebelum puasa nie banyak betul. Antaranya biz dgn adik beradik jual kek lapis sarawak yang marbeles tuh! Mmg tak menang tangan nak terima order. Pasal kek lapis srwk tu, next entry nanti aku citer ek? Plus cookies almond choco chips yang mendapat tempat di hati ofismate hubby. Harus aku kebizian di saat-saat sebelum raya nanti.

Syukur..Alhamdulillah...Rezki di tempat orang..hehe. Okey, hari ni saje nak share 1 resipi senang banget iaitu Sotong Goreng Kunyit.

Jom layannzz..


Hubby fav ^^


Bahan-bahan (utk 4 org)


6pcs Sotong - bersihkan & potong ikut suka.hehe
4 pcs Kacang Panjang - ni pun potong ikut suka ^^
1 ulas Bawang Besar - di hiris
2 ulas Bawang Kecil -di hiris
1 ulas Bawang Putih - dihiris
1 tangkai Cili Merah - dihiris
1 st Oyster Sos
2 st Serbuk Kunyit
Garam & Gula secukup rasa
Minyak utk menumis



Cara memasak

1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan-bahan yang dihiris.

2. Apabila nak bau, masukkan oyster sos & sotong.

3. Kemudian,  masukkan serbuk kunyit & kacang panjang. Tidak dilupa garam & gula secukup rasa.

Biarkan mendidih. Tadaaa..!


SELAMAT MENCUBA!



Friday, 6 July 2012

Tempahan Chocolate Chips & Almond Cookies Di Buka Sekarang!


Salam Jumaat yang penuh barakah kawan2 di sekelian alam. (^_^)y

Baiklah, atas permintaan ramai (terutama anak-anakku & makcik jiran sebelah umah) betul nie tak tipu, Maria akan buka order untuk my own 'secret recipe' Chocolate Chips & Almond Cookies sempena Syawal yang bakal menjelma. Yeayy!

Delivery hanya di seluruh kawasan Kuching & Sibu sahaja & ianya free @ percuma! Lagi sekali, its free delivery tau - door to door delivery!

Untuk mengelakkan quality issue, aku tak menggunakan khidmat pos jadi jika tempahan dari area lain, self pick up / ambil sendiri amat dialu-alukan. (^_^)y


Sooo chocolaties & melt in your mouth (^_^)y


1 bekas: 50-53pcs hanya Rm16.00

Rasa ragu-ragu tentang rasanya? Cuba dulu baru tau.hehe..


Untuk sebarang pertanyaan/tempahan, sila hubungi Maria sendiri di no
 016-6592055 
email ke audrafx2055@yahoo.com


Last untuk order adalah: 10 Ogos 2012 (Jumaat)



p/s: Order jangan tak order. (^_^)y


Thursday, 5 July 2012

Cinta Di Akhir Garisan: Nora, ZZ, Ning & Dessy


Jom layan lagu jiwang seh, Lagu ni amat famous amos sekitar tahun 2003 (if i not mistaken la ek?) Time tu aku tgh study lg. huhu. Bila dengar lagu ni mmg meremang bulu wey.

Apa pun layankan je la. (^_^)y








Wednesday, 4 July 2012

Audra Nuur Zahraa In Action!


Salam hari Rabu kawan2..

Hari sungguh bz nak mengemas barang2 dlm kotaks..Almost a month kat bumi Kenyalang nie tapi semangat nak mengemas asyik kelaut je. Huhu..Kalau dah penyakit 'M' datang mmg cenggini la episod hidup ku.. bersambung. bersambung. & bersambung.. Tak tau bila nak siap..Tunggu Mr. Daddy free weekend ni kot. hehe..

Ok, pe pun layan je la pics my lill Audra during our vacation at Penang. Updated 2 hotel yg kami check in tu later la ek..

Layann je la..zasssss...




Friday, 29 June 2012

My Lill Azzam Turns One!







Semalam genap setahun usia my lill Azzam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Nya. Aku masih boleh bernafas & melihat anak2 ku membesar depan mata.


** To my dear Azzam, if u read this post (maybe next 10 years.hehe)

Happy Birthday si Demok!
Mummy & Daddy loves u always!
Hugs & Kisses
xoxo

Thursday, 28 June 2012

Its Cowboy Time! Yippa!Yippa!






Tgh syok membelek2 video lama, tetiba nampak video nie. Aiseh..kenangan lama mengusik jiwa pulak..Nie persembahan yg kami buat ikut area masa Assistant District Meeting kat Genting Highland tahun 2008. Yeahh..Its cowbow time. Yippa! Yippa!

Maaf, quality video kureng sket.







p/s: zaman anak dara, ke'gediks'an tanpa kebatasang sket. (^_^)y

Tuesday, 26 June 2012

(^^)y SEGMEN: BLOGLIST JULAI 2012 NASZ





~Mylillkingdom~ join lagik!


Yeay! Nasz buat segmen bloglist. Utk bulan Julai nie, aku dgn tulus ikhlas nak join segmen Nasz. Hehe..

Kenapa?

Mengapa?

Apakah?

Sebab blog Nasz sempoi plus setiap post yg dia buat aku suka baca. Pandangan & persoalan tentang current issues yang Nasz post mmg buat aku berfikir sejenak. Hehehe..Kamu kamu & kamu nak join gak? Klik je banner kat atas tu.


Bloglist Julai..here i come! (^^)y



Tetiba Jadi Jakun Sebab Terjumpa..



Sedang aku mengemas & membersihkan backyard, tetiba muncul di celah-celah rimbunan ranting-ranting kering..Sekali aku terjumpa...


Ini lah dia - periuk kera jenis ampularia

Sure kamu semua ingat benda alah pe yg aku jumpa kan? Sorry guys, bg aku mcm mimpi jadi kenyataan la pulak. Since kat Semenanjung (tmpt asal aku la) susah ya amat nk cari periuk kera, siap kena beli kat nursery plant utk dijadikan hiasan tanaman ni but now Alhamdulillah ~ Syukur..Tumbuh melata kat belakang rumah je.

Dari info pacit Google, jenis yg aku jumpa ni adalah dlm spesis Nepenthes ampularia Jack . Jenis ni la yang banyak org buat lemang periuk kera. Korang penah mkn tak? Aku penah mkn sekali time adik angkat aku Si Adib buat open house Bukit Kapar. Sekali tgk ingat benda alah apa la, 2 kali tgk mmg sah-sah periuk kera.

Ha..ni contoh nya, aku cilok dari pacik google gak.


Sedap dimakan dengan kuah rendang or apa saja

Cara nak masak? Maaf, eden tak pakar laie. Hehe..Lepas ni baru nk tanya pacit google camno nak masak.




p/s: Saja nak habaq dgn hangpa (^_^)y




Monday, 25 June 2012

Bila Jauh, Kerinduan Mula Bertandang..


Di saat ini, aku benar-benar terasa kerinduan dtg bertandang di hati...Bukan tak biasa berjauhan, sejak secondary skool mmg aku selalu berjauhan dgn ma&pa tp kerinduan ini lain...

Baru kurang 3 minggu aku di bumi kenyalang, tp dah terasa berkurun lamanya..Perlu adapt dgn situasi baru ni utk selamanya..ermm..Hati~ bertabah lah..

Doaku yang tidak putus untuk mereka,


Bismillahirahmanirahim,


Friday, 18 May 2012

Tea Time @Secret Recipe


Salaam Jumaat kawan2 blogger (^_^)y

Entry ni sebenarnya dh laaama aku simpan kat draft, baru hari ni nk post. (Mohtip lame sgt peram? Mcm leh kuarkan emas lak peram lama2..huhu). Ok, since 2005 lg cake @SR dah jadi my all time favorite utk apa2 xtvt mkn2. My fav cake is Chocolate Banana~ Slurrpppsss... Terngiang2 dlm ingatan kelazatan cake tuh. Dpt 1 slice pun jadik la.huhu..

So, end of April my lill niece ajak pi mkn @SR di SACC Mall after work. Tergezut mak neng! Tak sangka2 dia dgn baik hati nk treat me as ill going to Kuching this early of June. Hehehe..Thanks my beloved niece-Sarah for the hi tea treat ya! Ada masa + ada duit lebih belanja byk lg tau..(^_^)y

Layanzzz~~


New York Cheese~ Also my fav (^^)y


Sarah choice~ Chocolate Strawberry..Yummy yum!

Sunday, 13 May 2012

Mama I Love U - Everyday is Mother's Day ^^



Salaam kwn-kwn blogger.. (^_^)y petang ahad yg agak hangat di Klang. Mandi sampai 3x okeh tp still lg berpeluh sakan. haihh...Mudah-mudahan panas nie akan menjemput hujan datang. Seperti laporan cuaca  oleh Mr. Daddy di Kuching sedang hujan rahmat. Bestnye... T__T

Baiklah..Dunia telah mengiktiraf setiap 2 week of May adalah Hari Ibu but for me - myself hari-hari yg dilalui adalah hari Ibu. Cuma kemuncaknya adalah hari nie. Kita pause sekejap activity harian kita then just spent your moment with your mum. Selalu beringat dgn kata-kata nie..

"Hargailah ibu anda, selagi mereka masih ada"

Sebab?

Kalau mereka dh takde di dunia fana nie, kita akan rasa amat menyesal. Menangis air mata darah pun tak guna. Aku penah kehilangan bbrp insan yg tersayang & aku amat merasai kepedihan & penyesalan yg amat sgt sb selalu buat dek je bila mereka ada. Sedih sgt2 tau.. T__T


My all time fav song-Mama I love u by Spice Girls



Utk mak yg tersayang, kita syg mak dunia akhirat. (^_^)y

Mak with Bapakku during her birthday on June 2010.



Friday, 4 May 2012

Makaroni Makarena Bersos Carbonara ^^


Salaam Jumaat yg berkat kawan-kawan blogger semua... Hari nie aku nak share 1 resepi mudah ya amat  yg ku beri judul => Makaroni Makarena Bersos Carbonara ^^ 

Piiiweeeet....Nie mmg peberet my lill kids pun selain yg biasa aku buat - Spageti Bolognese tu. Selain this two recipe, macaroni with cheese yg super duper rich with cheese pun selalu buat. Nanti2 la ek aku tepek entry tuh. Ha..semua nie mmg my lill kids choices la sb tidak pedas..di ulangi (kekeke..) tidak pedas langsung. Kalau pedas sket terpaksa ngapp di mulut mummy, bukan mulut depa..hehehe.

Okeh. Jom check it out ...



Thursday, 3 May 2012

(^^)y Ben Ashaari: May 2012




>>>Klik banner utk join tau<<<


Ohoo...tgh bw td tetiba je nmpk Abe Ben Ashaari buka semula bloglist utk May. Whoopii! (cam iklan diapers lak! Uhuk) Mmg nak join sangat2 sb previous entry bloglist May BA xdpt join. Huhuhu...Ok, must join this bloglist sebab nak tambah kenalan plus tak lama lagi nk buat 1st GA so, nk promote sket2 kat bloglist famos amos BA nih..& pandangan tentang Ben Ashaari dot com tentu lah blog yg cool, loading tak berat & penggunaan bahasa yg santai & dekat dgn aku. hehehe...kira boleh masuk la. (^^)y



Percintaan Jarak Jauh..Mampukah Bertahan?




Assalamualaikum WBT kawan2 semua...

Kamu semua pernah berdepan dengan percintaan jarak jauh (PJJ) tak? Yg dah pernah hadapi mcmne perasaan kamu hadapi situasi PJJ ni? & yg tak pernah lak, kamu mahu tak alami PJJ nie..Bg aku...mmg tak nak!!! Susah woo sb aku mmg tgh alami situasi PJJ nie..huhu sobbbss T__T

Yeah..kepada yg alami PJJ nie, pelbagai dugaan perasaan akan timbul. Contohnya berasa terlalu jauh dgn si dia, berasa sayu & kerinduan yg teramat sgt. (haih la..klu xjumpa sehari pun da rindu kan inikan pula berbulan-bulan lamanya T__T) bertabah la sayang...Juga, kadang kala timbul perasaan curiga & risau si dia akan berubah hati (cari yg lain kot T__T - minta2 dijauhkan okeh) hanya kerana jauh di mata kita.

Jadi, apa yg perlu dlm menepis dugaan PJJ nie? Jom check it out (^^)y




1) Kepercayaan - yg ni basic thing dlm semua jenis percintaan. Kamu perlulah percaya pada pasangan kamu tau. Kepercayaan adalah perkara penting jika bercinta jarak jauh. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kamu seperti  kamu cinta separuh nyawa dgn si dia walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya. Trust me - buang ego, buang cemburu buta tuli kamu akan bahagia walau si dia tak berada depan mata kamu, InsyaAllah..


2) Setia - Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati kan. Nie biasalah syaitan-syaitan cemburu akan iringi kamu tatkala sunyi menyapa. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun, jangan sesekali berlaku curang menduakan si dia, cubalah kuatkan hati untuk setia sebagaimana dia juga setia. Kes curang mencurangi terjadi sb salah sorg / dua-dua tak de setia la nih..haih..kuatkan semangat & tinggikan nilai setia tu, InsyaAllah hubungan kamu akan menguntum segar.


3) Berjumpa dgn si dia walau hanya seketika - Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen & cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dan luangkan masa bersama dengan si dia. Ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan lagi rasa rindu. 


4) Selalu berhubung & tanya khabar - cuba applikasikan dgn teknologi terkini. FB, twitter, email, skype & pelbagai lagi. Ber'webcaming' setiap 2 3 kali seminggu pun dh memadai utk ubati kerinduaan dgn si dia kan. (takmo webcaming menda2 tak  senonoh okeh?) for me, yg ni amat penting utk anak2 aku kenal daddy dia terutama si baby, takde la dia terlupa yg dia masih ada daddy.. huhu..& seeloknya kalau boleh setiap malam sebelum tidur cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar & share pelbagai isu sket walaupun hal yg remeh temeh.


5) Sambut anniversary bersama-sama - Luangkan sedikit masa utk sambut anniversary bersama2. Tak kisah la, wedding anniversary, couple anniversary, birthday si dia or birthday anak2 kamu. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin kamu akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu. 


Please, jangan jadikan jarak sebagai pemusnah sesebuah hubungan. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan kamu lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik,cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia. 


Apa yg penting adalah keikhlasan mencintai satu sama lain. benar, seandainya niat kita ikhlas cintakan ssrg, insyaAllah akan ada keyakinan dan kekuatan untuk mempertahankan sesebuah hubungan. 




p/s: Cepatlah June utk terbang ke sana dgn si dia..Amin~ 
 

Monday, 30 April 2012

Banana Cake With Choco Chips! ^^



Salam 1Blogger kawan2...Semalam hari yg sangat hangat kan...? Since pagi sampai ke mlm terasa bahang panas walaupun kipas ceiling + kipas meja + air - cooler dah pasang tahap optimum.  (takkan mintak air - conditioner kot... T___T )

Kesian my demok Azzam tak dapat tdo, asyik mengamuk2 je sb kepanasan. Bila dia dah tdo ape lagi start la projek hujung minggu ku..hehehu. Ada pisang 6 pcs terus booking dgn my mum yg itu pisang, saya yg punya. Jgn goreng tau! (teruklah Maria..Ampun mak..hehehuu)

Dan, inilah hasilnya..Jeng jeng jeng...


Yummy yumm.. (^^)y

Doa Memulakan Hari ^^



Assalamualaikum WBT..


Jom kawan2 kita mulakan hari kita dengan doa harian agar sentiasa dilindungi & mendapat keredhaan dariNya...


 
 
Bismillahi rahmanirrahim..
 

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan
kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk
kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang
telah engkau kurniakan kepada kami selama ini
dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam
mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat
secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki
semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya,
memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya,
memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat
lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya,
memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn~~





Saturday, 28 April 2012

Sponsorhip GA Cik Bunny ^^ !! Meh Kita Vote ^^



Assalamualaikum WBT para sahabat blogger.. ^^

Hebahan! Hebahan!..Aku join utk menjadi salah seorang sponsor GA Cik Bunny ^^ yg bakal diadakan. Hewhewhew.. (gelak ngengada plus verangan jd orang kaya jap.. (^^)y). 

Ekceli xde la kaya mana pun, mmg niat dihati nak buat GA sempena my lill blog nk masuk setahun but asyik tertangguh2 je. Lagipun tak berapa nak reti nk bt banner yg cute2 mcm blogger2 lain..segan wak! So niat tu asyik tertunda je la..(yolah tu)

So bila Cik Bunny nak buat GA tergerak hati nak sponsor GA beliau. Hehehehe...Oh! Rupanya ramai lagi yg nak sponsor GA Cik Bunny tu & hadiah para penaja hebat2 belaka.

Maria sudah rasa kecil di sebabkan hanya menaja.... ====>>>



2pcs KFC set voucher worth Rm30..huhu


Jadi kawan2...Moh le pakat2 vote aii (if deme mau voucher Keepci pree le..ehe) & if xmo pun xpe, u all boleh vote others sponsor yg lebih ohsem!! JOM!!!



p/s: aternya dah ex-keepsi so sponsor pun keepsi jugek la..hewhewhew (^^)y


Friday, 27 April 2012

(^^)y : Segmen Bloglist Nasz Bulan Mei 2012






Ohooo...First time aku join segmen2 camnie..tgh2 bw td terjumpa plak Segmen Bloglist Nasz kat blog cutie pie Azza Afzal. Thank you sayamm kerana membuka hatiku utk mencuba...ceeewah..hehehe.

Aku nak join segmen nie sebab nak tambah kenalan blogger2 sume..almaklumlah, ku hanya seorang amatur...
So sape2 yg minat, just click banner tu ek? Jom! Jom!


p/s: Segmen ditutup jam 11pm mlm nie.. (baru perasan, harap aku tak terlambat) (-.-")


Faces Of Azzam ^^



Very adorable..Si demok Azzam kesayangan mummy...Alhamdulillah, hari nie genap my lill Azzam 11 bulan...Dah besar anak mummy nie..tapi makin besar kedemokan beliau makin kurang pulaks..yela, time mula lasak, nak panjat itu & ini...Asyik2 main - main - main je dgn Si Abang & Kakak..Hehuhu... Adik, Cepat2 bertatih ek? Penat mummy nk dukung ke umah wan tiap2 hari..hehuhuhu..












 





Haih, dah rasa tak sabar nk balik ke umah & peloks si Demok nih... T___T


Wahhh...Aku Bertukar Wajah! ^^



Gud morning peeps...

Blog nie bertukar wajah..Ngehngehngeh....Nie la akibat tak tdo semalaman coz anak2 asyik terbangun tgh2 pagi buta..huhu. Since 2 am dok godek2 intenet tetiba dpt idea nk tukar lak blog kesygn aku nih (walau jarang2 sekali nk updated..huh) sehehehe..


Header ku..dari ini...

Bye-bye syg - ^^




kepada ini...

Aloha - ^^


Okeh! Time to work! Chiao..! ^^


Thursday, 26 April 2012

Sindiket @ Betul2 Susah Nie??



Assalamualaikum WBT...


Pernahkah anda berhenti di mana2 traffic light, pastu ada peminta sedekah mendekati kenderaan anda? Apa reaksi anda ek? Anda beri derma @ buat dont know jek?

Okeh, perkara nie dh lama dh aku perhati terutama kat traffic light highway Bkt Raja - berdepan dengan Jusco Bkt Raja tuh, terutama waktu2 puncak. Tetiba ada je dari kejauhan seseorg meminta simpati. Aku perhati dari depan ke belakang lebih kurang 5 - 6 kereta gak la yg hulur, then bila kereta bergerak dia pi line lain lak. Fine, tu baru line aku tuh, elok aku buat U-turn tengok sebelah line ada jugak kelibat lain yg meminta simpati. @ orang dah. Aku stuck lagi. Bila tgk line arah Padang Jawa ada kelibat lelaki pulak. Wah2..sakan minta sedekah noo....nak2 org2 Msian nie mmg suka noo bersedekah amalan mulia.

Nie antara yg sempat aku snap la..







Sampai kereta aku je, mokcik nie terus paling muka then xjadi minta sedekah..hilang terus dari pandangan aku. Hanya berbekalkan gambar keluarga & sebutan "Pakistani..Pakistani.." utk meraih simpati.

Tu baru kat Bukit Raja. Petang tu, lepas aku hantar Mr. Daddy kat airport, aku lalu Tol Sungai Rasau melalui Batu Belah. Ape aku nmpak? Mokcik nie gak dgn telekong dia & gambar yg sama. Dalam hati aku terus fikir...

Dia nie sindiket @ betul2 susah sebenarnya? Pihak berkuasa xtau ke? Selalu nmpk depa round2 area Klang nie xkan xperasan kehadiran depa2 nie. Bagi aku yg setiap hari melalui jln yg sama mmg akan selalu nmpk muka2 depa nie. It about 5-6 times per month. Huhuhu...

Apa kata anda..?



Thursday, 19 April 2012

Someone Like You - Edele



Suka sgt rhythm lagu nie plus suara Adele mmg superb.. Layanzzzz






I heard
That you're settled down
That you
Found a girl
And you're
Married now

I heard
That your dreams came true
I guess she gave you things
I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?
It ain't like you to hold back or hide from the lie.

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it,
I had hoped you'd see my face,
And that you'd be reminded that for me it isn't over,

Never mind, I'll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don't forget me, I beg,
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,"
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead, yeah,

You know how the time flies,
Only yesterday was the time of our lives,
We were born and raised in a summer haze,
Bound by the surprise of our glory days,

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it,
I had hoped you'd see my face,
And that you'd be reminded that for me it isn't over,

Never mind, I'll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don't forget me, I beg,
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,"

Nothing compares,
No worries or cares,
Regrets and mistakes, they're memories made,
Who would have known how bittersweet this would taste?

Nevermind, I'll find someone like you,
I wish nothing but the best for you,
Don't forget me, I beg,
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,"

Nevermind, I'll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don't forget me, I beg,
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,"
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead.


Tuesday, 17 April 2012

Semoga Pakcik Zainal Abas Cepat Sembuh


Assalamualaikum WBT,

Hari nie mood sedih sebab since pg semalam Pakcik Zainal Abas admitted ward kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit jantung. Memang pakcik ZA ada penyakit jantung selama nie, tp since last Friday keadaan dia dah makin teruk. Aku mmg nak pi jenguk tp keadaan tak mengizinkan, InsyaAllah ada masa petang nie mintak izin larikk jap dari ofice then pi jenguk Pakcik ZA di wad 8B HTAR tu.

Siapa Zainal Abas?


gambar kopi pasta dari blog beliau


Sure ramai generasi Y tak tau siapa ZA nie. Serba sedikit aku kopi pasta dr blog Official Kasajiza AS aka Zainal Abas ye.


" Mula menulis sajak pada thn 1970. Menyertai RTM pada thn 1974 sebagai Juruhebah / Pengacara TV & Penerbit Radio. mengundurkan diri untuk menjadi freelance pada thn 1984 sehingga sekarang. Telah menulis lebih dari 100 buah sajak dan lebih dari 100 lirik lagu yang di nyanyikan oleh pelbagai penyanyi tanah air. Selain dari menggunakan nama sendiri saya menulis menggunakan nama pena : KASAJIZA A.S.!"


Ye, ZA amat terkenal dlm era 70an sebagai juruhebah RTM. Kira paling ngetop la zaman tuh. Time nie aku pun tak lahir lagik. Huhuhu...So, bila aku dapat berkenalan rapat dgn keluarga ZA nie baru tau siapa disebalik nama Zainal Abas aka Kasajiza AS. Mmg very down to earth person la Pakcik ZA & family terutama wife beliau yg saya panggil Kak Anum.

Pakcik ZA~ Saya & family berdoa pada Allah SWT agar pakcik cepat sembuh ya.sob sob T___T


p/s: rindu dendangan lagu2 kanak2 pakcik pada anak2 saya.


Monday, 16 April 2012

Mentor Musim Ke6..Aii Loiike!



Fffuuuhhhhh...ni mmg betul2 mode xleh tdo. Mata mmg dh nk pejam rapat-rapat tapi otak still lagik berjalan. Aduhai, apa la nasib mood kat ofice nanti, sure tersengguk2 tahan mengantuk. Dah la Monday  blues  & mmg hari bizi sedunia utk aku...Harus tdo nnti..huhu.

~ini adalah ayat aku 3pagi tadi~
motip baru nk repost?? ekekeke


Okey, nak cerita nie, minggu nie mmg xmo tgk Mentor musim ke6 mmg sb team nie xbesh... Yg aku minat adalah team lagi satu sb ada Puteri Caroline. Suare dia mmg superb beb plus nak terkekek-kekek tengok kegedikkan mentor dia Si Ratu Rock Ella tu..hehehe. Mmg tak bleh blah kalau Ella muncul asyik kena kacau jek dgn Nash Ahmad & Ally Iskandar. huhuhu..


Gambar cilok dari en. Google

So bila tau jek PC akan berduet dgn Anas Tahir eh eh bukan adik faizal tahir tu..Anas Tahir (wahh..mcm gile kentang je aku bila tau Anas Tahir keje same dept dgn aku - tapi skg dh bese dh..huhuhu..peace Anas!) Ni Anas protege Faizal Tahir - mood confuse memula, tp di sebabkan rambut kembang Anas so keconfusan aku tu dh hilang..kekeke..

Gandingan depa mmg besshhhh!! Superbbbb!! Tu je nak bgtau..hahaha. Bila protege lain yg nyanyi aku dh boo layan dh sb mmg xmenarik halwa telinga & mata aku langsung nak tengok tb3 tuh..Sorry yep!

Skg menanti detik waktu nak nengok Mentor minggu nih.. Yeahh!


p/s: Sleepy.....mata dh nak tutup rapat-rapat dah..huhu

Slmt Bertunang My Luvly Niece ^^



Assalamualaikum WBT & slmt pagi sume... (^^)y

Entry nie dh cukup lama..10 March yg lepas yo tp baru nk repost..motip lama sgt x post?? Bizi memanjang kekdahnya..hewhewhew (gelak ngengada + menggediks) ehe..So, dh sampai masa kejodohan my luvly niece - Sarah dengan tunang terchenta - Nizzam. Uhukuhuk..rasa mcm kejap je masa berlalu... Sarah membesar depan mata rupanya dh masuk 22thn hujung tahun nie..huhu. Pejam celik pejam celik haku pun dh nak masuk angka 3.. Sob sob T___T

Demi Sarah sanggup daku jadi chef of the day hari tuh. Jamu guest dari Bangi - Nasi Ayam Madu Special ku la..haha. Yang ni tak sempak snap gambar, atenye chef kebizian di dapur juga disamping melayan kerenah anak-anakku..huhu. Almaklum la, ala-ala 'single mother' skg nie..Percintaan Jarak Jauh (PJJ) dgn Mr. Daddy..huhuu.. Sabau yo la..ehe

Jom layanzz gambar sekitar majlis nya...

 

My niece Sarah diapit oleh 2 BFF..



Sarah wif me & si demok Azzam..



Baru sahaja di 'chopp' org - Nizzam & Sarah


Moga jodoh kalian kekal sampai ke syurga..Amin~




p/s: menanti majlis perkahwinan 6hb Oktober 2012 dgn penuh debaran..Sarah yg berdebar,bukan haku..lol


Monday, 9 April 2012

Prison Break @Klang?!!

OUEMMGEE...YA AMPUNN


1 April, Klang: Gempar seketika di rumah Haji Njadiman apabila seseorang yang tidak dikenali berada di rumah anak perempuannya sekitar jam 12 tengahari. Pada waktu kejadian anak perempuannya itu tiada di rumah. Kakak mangsa yg kebetulan melintas di belakang rumah mangsa melihat kelibat suspek sedang mandi.

Oleh kerana ingin mendapat kepastian, kakak mangsa, Sujana telah 'skodeng' suspek yg kemudiannya merembat kain sarung siapa ntah di belakang rumah. Lantas, secara tergopoh gapah si kakak telah mengadu ke rumah tentang perihal tersebut.

Sebagai adik aka ibu kepada 3 org baby berusia 9 bulan hingga 3 tahun (nak jugak masuk) terus menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Msia yg prihatin aka 'alert' nak mereport pada pak polisi. Padahal dalam hati kuss semangat takut ape2 boleh berlaku.



Ambik gambo jauh dulu takut org tu mngamuk ke hapa


Kiri adalah suspek, kanan tu abg sulung suh pakai seluor sape ntah


Haji Njadiman telah menyumbang baju pagodanya sb suspek topless giteww

Potato Salad Yummy Yumm! ^^



Happy Monday peeps! (^^)y

Lets began our bless Monday with Potato Salad Yummy Yumm! ^^. The recipe sgt la easy peasy xsampai 15min pun. Family Mr Daddy suka mam potato salad nie time pagi or side dish whenever i serve western food. Tehehehe..



 nangess.. T___T


4pcs Potato - cut into 6 & boil in about 10min.
3 leaf 0f Garden Salad - slice in pieces
1/2 pc Big Onion - Dice
3 tablespoon of Mayonnaise
A bit of Black Pepper Crack
A bit of Pepper


~Just Mix Well~




Happy Cooking \(^^)y