Assalamualaikum WBT kawan2 semua...
Kamu semua pernah berdepan dengan percintaan jarak jauh (PJJ) tak? Yg dah pernah hadapi mcmne perasaan kamu hadapi situasi PJJ ni? & yg tak pernah lak, kamu mahu tak alami PJJ nie..Bg aku...mmg tak nak!!! Susah woo sb aku mmg tgh alami situasi PJJ nie..huhu sobbbss T__T
Yeah..kepada yg alami PJJ nie, pelbagai dugaan perasaan akan timbul. Contohnya berasa terlalu jauh dgn si dia, berasa sayu & kerinduan yg teramat sgt. (haih la..klu xjumpa sehari pun da rindu kan inikan pula berbulan-bulan lamanya T__T) bertabah la sayang...Juga, kadang kala timbul perasaan curiga & risau si dia akan berubah hati (cari yg lain kot T__T - minta2 dijauhkan okeh) hanya kerana jauh di mata kita.
Jadi, apa yg perlu dlm menepis dugaan PJJ nie? Jom check it out (^^)y
1) Kepercayaan - yg ni basic thing dlm semua jenis percintaan. Kamu
perlulah percaya pada pasangan kamu tau. Kepercayaan adalah perkara penting jika
bercinta jarak jauh. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih
menyayangi kamu seperti kamu cinta separuh nyawa dgn si dia walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya. Trust me - buang ego, buang cemburu buta tuli kamu akan bahagia walau si dia tak berada depan mata kamu, InsyaAllah..
2) Setia - Apabila
berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di
hati kan. Nie biasalah syaitan-syaitan cemburu akan iringi kamu tatkala sunyi menyapa. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun, jangan sesekali
berlaku curang menduakan si dia, cubalah kuatkan hati untuk setia
sebagaimana dia juga setia. Kes curang mencurangi terjadi sb salah sorg / dua-dua tak de setia la nih..haih..kuatkan semangat & tinggikan nilai setia tu, InsyaAllah hubungan kamu akan menguntum segar.
3) Berjumpa dgn si dia walau hanya seketika - Jangan
jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen & cinta juga
adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dan
luangkan masa bersama dengan si dia. Ini akan mengeratkan lagi hubungan
dan dapat mengurangkan lagi rasa rindu.
4) Selalu berhubung & tanya khabar - cuba applikasikan dgn teknologi terkini. FB, twitter, email, skype & pelbagai lagi. Ber'webcaming' setiap 2 3 kali seminggu pun dh memadai utk ubati kerinduaan dgn si dia kan. (takmo webcaming menda2 tak senonoh okeh?) for me, yg ni amat penting utk anak2 aku kenal daddy dia terutama si baby, takde la dia terlupa yg dia masih ada daddy.. huhu..& seeloknya kalau boleh setiap malam sebelum tidur cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar & share pelbagai isu sket walaupun hal yg remeh temeh.
5) Sambut anniversary bersama-sama - Luangkan sedikit masa utk sambut anniversary bersama2. Tak kisah la, wedding anniversary, couple anniversary, birthday si dia or birthday anak2 kamu. Walaupun
perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama
sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di
hati. Mungkin kamu akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali
kenangan manis sebegitu.
Please, jangan jadikan jarak sebagai pemusnah sesebuah hubungan.
Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan kamu lebih
bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Apapun rintangan yang ada,
jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia
sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia.
Jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik,cuma ia salah satu cara
untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang
kekasih yang setia.
Apa yg
penting adalah keikhlasan mencintai satu sama lain. benar, seandainya
niat kita ikhlas cintakan ssrg, insyaAllah akan ada keyakinan dan
kekuatan untuk mempertahankan sesebuah hubungan.
p/s: Cepatlah June utk terbang ke sana dgn si dia..Amin~
Actually its depends to the individual.....Kalau depan mata pown kalau dia nak buat dia buat jugak......betul tak?
ReplyDelete