Friday 18 May 2012

Tea Time @Secret Recipe


Salaam Jumaat kawan2 blogger (^_^)y

Entry ni sebenarnya dh laaama aku simpan kat draft, baru hari ni nk post. (Mohtip lame sgt peram? Mcm leh kuarkan emas lak peram lama2..huhu). Ok, since 2005 lg cake @SR dah jadi my all time favorite utk apa2 xtvt mkn2. My fav cake is Chocolate Banana~ Slurrpppsss... Terngiang2 dlm ingatan kelazatan cake tuh. Dpt 1 slice pun jadik la.huhu..

So, end of April my lill niece ajak pi mkn @SR di SACC Mall after work. Tergezut mak neng! Tak sangka2 dia dgn baik hati nk treat me as ill going to Kuching this early of June. Hehehe..Thanks my beloved niece-Sarah for the hi tea treat ya! Ada masa + ada duit lebih belanja byk lg tau..(^_^)y

Layanzzz~~


New York Cheese~ Also my fav (^^)y


Sarah choice~ Chocolate Strawberry..Yummy yum!

Sunday 13 May 2012

Mama I Love U - Everyday is Mother's Day ^^



Salaam kwn-kwn blogger.. (^_^)y petang ahad yg agak hangat di Klang. Mandi sampai 3x okeh tp still lg berpeluh sakan. haihh...Mudah-mudahan panas nie akan menjemput hujan datang. Seperti laporan cuaca  oleh Mr. Daddy di Kuching sedang hujan rahmat. Bestnye... T__T

Baiklah..Dunia telah mengiktiraf setiap 2 week of May adalah Hari Ibu but for me - myself hari-hari yg dilalui adalah hari Ibu. Cuma kemuncaknya adalah hari nie. Kita pause sekejap activity harian kita then just spent your moment with your mum. Selalu beringat dgn kata-kata nie..

"Hargailah ibu anda, selagi mereka masih ada"

Sebab?

Kalau mereka dh takde di dunia fana nie, kita akan rasa amat menyesal. Menangis air mata darah pun tak guna. Aku penah kehilangan bbrp insan yg tersayang & aku amat merasai kepedihan & penyesalan yg amat sgt sb selalu buat dek je bila mereka ada. Sedih sgt2 tau.. T__T


My all time fav song-Mama I love u by Spice Girls



Utk mak yg tersayang, kita syg mak dunia akhirat. (^_^)y

Mak with Bapakku during her birthday on June 2010.



Friday 4 May 2012

Makaroni Makarena Bersos Carbonara ^^


Salaam Jumaat yg berkat kawan-kawan blogger semua... Hari nie aku nak share 1 resepi mudah ya amat  yg ku beri judul => Makaroni Makarena Bersos Carbonara ^^ 

Piiiweeeet....Nie mmg peberet my lill kids pun selain yg biasa aku buat - Spageti Bolognese tu. Selain this two recipe, macaroni with cheese yg super duper rich with cheese pun selalu buat. Nanti2 la ek aku tepek entry tuh. Ha..semua nie mmg my lill kids choices la sb tidak pedas..di ulangi (kekeke..) tidak pedas langsung. Kalau pedas sket terpaksa ngapp di mulut mummy, bukan mulut depa..hehehe.

Okeh. Jom check it out ...



Thursday 3 May 2012

(^^)y Ben Ashaari: May 2012




>>>Klik banner utk join tau<<<


Ohoo...tgh bw td tetiba je nmpk Abe Ben Ashaari buka semula bloglist utk May. Whoopii! (cam iklan diapers lak! Uhuk) Mmg nak join sangat2 sb previous entry bloglist May BA xdpt join. Huhuhu...Ok, must join this bloglist sebab nak tambah kenalan plus tak lama lagi nk buat 1st GA so, nk promote sket2 kat bloglist famos amos BA nih..& pandangan tentang Ben Ashaari dot com tentu lah blog yg cool, loading tak berat & penggunaan bahasa yg santai & dekat dgn aku. hehehe...kira boleh masuk la. (^^)y



Percintaan Jarak Jauh..Mampukah Bertahan?




Assalamualaikum WBT kawan2 semua...

Kamu semua pernah berdepan dengan percintaan jarak jauh (PJJ) tak? Yg dah pernah hadapi mcmne perasaan kamu hadapi situasi PJJ ni? & yg tak pernah lak, kamu mahu tak alami PJJ nie..Bg aku...mmg tak nak!!! Susah woo sb aku mmg tgh alami situasi PJJ nie..huhu sobbbss T__T

Yeah..kepada yg alami PJJ nie, pelbagai dugaan perasaan akan timbul. Contohnya berasa terlalu jauh dgn si dia, berasa sayu & kerinduan yg teramat sgt. (haih la..klu xjumpa sehari pun da rindu kan inikan pula berbulan-bulan lamanya T__T) bertabah la sayang...Juga, kadang kala timbul perasaan curiga & risau si dia akan berubah hati (cari yg lain kot T__T - minta2 dijauhkan okeh) hanya kerana jauh di mata kita.

Jadi, apa yg perlu dlm menepis dugaan PJJ nie? Jom check it out (^^)y




1) Kepercayaan - yg ni basic thing dlm semua jenis percintaan. Kamu perlulah percaya pada pasangan kamu tau. Kepercayaan adalah perkara penting jika bercinta jarak jauh. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kamu seperti  kamu cinta separuh nyawa dgn si dia walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya. Trust me - buang ego, buang cemburu buta tuli kamu akan bahagia walau si dia tak berada depan mata kamu, InsyaAllah..


2) Setia - Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati kan. Nie biasalah syaitan-syaitan cemburu akan iringi kamu tatkala sunyi menyapa. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun, jangan sesekali berlaku curang menduakan si dia, cubalah kuatkan hati untuk setia sebagaimana dia juga setia. Kes curang mencurangi terjadi sb salah sorg / dua-dua tak de setia la nih..haih..kuatkan semangat & tinggikan nilai setia tu, InsyaAllah hubungan kamu akan menguntum segar.


3) Berjumpa dgn si dia walau hanya seketika - Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen & cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dan luangkan masa bersama dengan si dia. Ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan lagi rasa rindu. 


4) Selalu berhubung & tanya khabar - cuba applikasikan dgn teknologi terkini. FB, twitter, email, skype & pelbagai lagi. Ber'webcaming' setiap 2 3 kali seminggu pun dh memadai utk ubati kerinduaan dgn si dia kan. (takmo webcaming menda2 tak  senonoh okeh?) for me, yg ni amat penting utk anak2 aku kenal daddy dia terutama si baby, takde la dia terlupa yg dia masih ada daddy.. huhu..& seeloknya kalau boleh setiap malam sebelum tidur cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar & share pelbagai isu sket walaupun hal yg remeh temeh.


5) Sambut anniversary bersama-sama - Luangkan sedikit masa utk sambut anniversary bersama2. Tak kisah la, wedding anniversary, couple anniversary, birthday si dia or birthday anak2 kamu. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin kamu akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu. 


Please, jangan jadikan jarak sebagai pemusnah sesebuah hubungan. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan kamu lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik,cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia. 


Apa yg penting adalah keikhlasan mencintai satu sama lain. benar, seandainya niat kita ikhlas cintakan ssrg, insyaAllah akan ada keyakinan dan kekuatan untuk mempertahankan sesebuah hubungan. 




p/s: Cepatlah June utk terbang ke sana dgn si dia..Amin~