Friday 30 December 2011

Kesian Pada Anak itu...



Sedih & geram sangat baca kosmo online hari nie. U all ada baca tak tentang dua beradik azab dirantai oleh bapa mereka sendiri. Jika belum lagi, boleh ambil info di sini. Luluh hati daku bila tengok dua beradik tu dirantai & di biarkan tanpa pengurusan & yang paling penting tanpa jagaan & pengurusan yang baik. Nauzubillahiminzalik..

Anak adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Mereka adalah tanggungjawab kita sbg ibu & bapa mereka yang pastinya di dunia & InsyaAllah juga di akhirat sana kelak. Jika x sanggup jaga anak, x payah pandai-pandai bikin anak okeh!. Daku dalam mood geram ye. huhuhu

Okeh, daku summarize sikit dari story mory nie ye. Si Ayah (orang tempatan) bekerja sebagai buruh (mungkin pergi pagi balik tengah malam buta). Si Ibu (orang Siam) dah hai hai bye bye sebulan yang lalu, so ayah mungkin xmampu nak upah orang untuk jaga (xpun xde orang yang sanggup nak jaga dua beradik nie) dia pun ambil langkah drastik merantai anak-anaknya agak tidak melarikan diri. Pheww... Sesenang je buat keputusan macam tu kan? Ingat anak-anak dia tu robot aka bobot keh? Dan kemuncaknya jiran-jiran telefon pihak berkuasa setelah mendengar jeritan & tangisan dua beradik tersebut. (Sebelum depa telepon, depa dah skodeng tapi xdapat nak buka pintu rumah yang dirantai). Kelasss..masyarakat Malaysia adalah masyarakat prihatin.

Jadi pada sahabat sekalian, marilah kita tingkatkan semangat kejiranan juga menguatkan peranan kita sebagai role model pada anak-anak kita. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah pada anak-anak kita. Ingat ye. Kita yang melakar corak & warna pada mereka.


Macamne nak jadi role model yang terbaik buat mereka?


Untuk yang masih single mingle sila penuhkan ilmu keibubapaan di dada & kepada yang telah mempunyai keluarga sila tambahkan ilmu lagi agar mereka menjadi anak-anak yang soleh & solehah. InsyaAllah...
Ilmu secara free ada di sini^^.


Gambar ehsan En. Google




Udang Sambal Petai Best ^^



Salam sejahtera kawan - kawan... Ha, entri kali nie daku nak share Udang Masak bersama Petai yang memang mengancam! Sekali sekala pekena petai memang best..lagi - lagi dengan nasi panas - panas! wOw! boleh terangkat beb. Mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Hehehe... 


Okey..menu kali nie atas permintaan bonda tercinta. So daku pun terus angkat kuali & kelentang...kelentung...kat dapur nu ha...( aip! aip! jangan melawan kata bonda) hehehe.. So ini la hasilnya.. jeng..jeng..jeng....

^^


Jom- jom check it out.

Kekasih Gelapku - Ungu

Ada ke??? Ahaha...layannzzz je la.





Lirik Lagu Ungu - Kekasih Gelapku

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ooh...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...




Tuesday 27 December 2011

Matahariku - Agnes Monica


Lagu wajib sewaktu sessi karaoke. Jom Layanzz!






Lirik Lagu Agnes Monica - Matahariku


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

* Berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

** Dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

repeat *

Dengarkanlah kau matahariku
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

repeat **




Monday 26 December 2011

Murtabak Mini Sodap via MyResipi^^






Salam sejahtera semua..Well. kali ni daku nak share resipi Murtabak Mini Sodap yang daku cedok dari resipi unggul Kak Besah dari belog masakan MyResipi. Dalam banyak-banyak belog masakan yang daku intai, belog MyResipi antara yang paling best & boleh dipercayai. Hahaha..


Kenapa daku berkata begitu?


Banyak resipi-resipi yang menarik, mudah & simple untuk kita cuba. Terutama bagi wanita-wanita unggul yang berkerjaya seperti daku nih..Ngehehehe. Yela, mana nak handle anak-anak, rumah tangga & suami lagi. Ape yang penting dalam masak-memasak bagi daku nie, campak-campak dalam kuali dah menjadi. huhu..^^. Sekarang tak de beli-beli buku recipe macam zaman single mingle dulu. Buka laptop terus goooooooogle. Mudah kan?


Ha...Dah beberapa kali daku cuba resepi yang ada dalam Myresepi nie, memang berbaloi-baloi & yang penting menjadi! Tak tipu punya but u all must select the best recipe with high best comment & reports. Ha..penting jugak tu. Tak la keciwa di kemudian hari apabila resipi yang di cedok tidak menjadi seperti yang di inginkan..^^


Okey guys, lets check it out! ^^





Crispy & yummy...^^

Sunday 25 December 2011

Jalan-jalan Cari Steamboat



Bulan Disember adalah bulan makan & makan & makan... Hehe. Kenapa daku buat statement tu, sebab time nie la kenduri kendara penuh tiap-tiap minggu. Time nie gak la cuti sekolah..Cuti semester..Apa lagi cuti, ha...pekerja-pekerja nak menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan. Itu tak termasuk cuti tahunan bagi rakyat Malaysia such as Krismas & tak lama lagi Tahun Baru 2012.

Banyak gak ye cuti-cuti di Malaysia nie.


So, bila dah cuti-cuti Malaysia nie ada la idea nak buat makan-makan sambil berkumpul seisi keluarga. 
Ke mana kita yo?


Daku suggest sangat readers pergi memboroikan perut anda di sini. Hehe..Ada lebih 150 pilihan hidangan makanan & minuman yang disediakan bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.


Idea makan-makan ni timbul karena celebrate birthday Sarah & Ammar juga anniversary our parent - pasangan kekasih awal & akhir En. Hj. Njadiman & Puan Hajah Nasibah yang ke-48. Wahhh... Sangat hebat percintaan mereka. Semoga kekal ke akhir hayat. Amin~...




Aktiviti mereneh seafood.Ahahaha..(Gelak besar)



Pasangan dua sejoli^^


Aiman & Audra memulakan langkah...



My awesome sister with niece


Azzam demok with mummy



Ho liao..^^



Best dessert ever..(nanges!)







My Super Simple Pizza ^^






Yeay.!! Akhirnya tercapai gak impian nak buat pizza sendiri. Hasil cetusan idea Mr. Daddy. Bahan-bahan yang cukup simple dengan menggunakan ape je yg ada kat rumah. hehe...Costing pun iya juga, jimat dan kebersihan di jamin selamat sebab kita sendiri yang buat. Jika kita beli kat kedai pizza, kita tak tau how their food handling. Ya.. base on my experience as a fast food manager a few year ago, theory isnt same as practical wise. Mistake can be happen with or without our acknowledge. Aha..tu belum pest activity lagik. Oupss..terlebih suda..^^


Hehe..sudah-sudah la. Ape yang daku merepek nih. Yang penting my Super Simple Pizza ni Halalan Toyyiba.


Jom Check it out!!


Tuesday 20 December 2011

Monday 19 December 2011

Mimpi Oh! Mimpi





Astargfirullahal'azim..terbangun aku dari mimpi yang peliks...semoga di jauhkan dari segala malapetaka dunia. amin..Hm...Kenapa manusia bermimpi?

Ada rumours mengatakan mimpi ni terjadi sebab :




kita terlalu banyak berfikir sebelum tidur



makan makanan yang pedas-pedas (haimeh??)



perasaan amarah yang tinggi (chill la der..)



kepenatan dari segi mental & fizikal



Lupa baca Doa sebelum tidur (ha..yang nih memang selalu la kot..)

 


Mengikut wikipedia dalam bahasa Melayu, ia adalah Pemikiran bawah sedar ataupun sebagai semua fenomena mental yang berlaku dalam fikiran seseorang tetapi dia tidak menyedari mengenainya.


Jadi, bagaimana pulak hal orang tua dolu-dolu yang bagitau kalau mimpi kena patuk ular means ada orang nak meminang?


Betul kah??



Sunday 18 December 2011

Mahakarya Cinta - Faizal Tahir

Tetibe je mood dengar lagu Faizal Tahir. Suara dia memang power beb! Kalau tengah drive gi kerja, ada lagu nie, sendirian lagi..mau pecah tingkap kot. Ape tak nya,berkarok sendiri!hehe..So layanzzz..!







Monday 12 December 2011

Semoga Tuhan Cucuri Rahmat pada Daddy...





Sad news.. Daddy telah pergi untuk selamanya...Waktu post ini di tulis, deraian air mataku tak dapat ku bendung lagi. Daddy lah orang yang paling hebat, kuat & tabah menghadapi liku-liku kehidupan.. Buat Mummy, tabahkan hati..be strong.. kami akan jaga Mummy selagi kami masih bernafas. Daddy..Rest in peace. Semoga Tuhan memcucuri rahmat ke atas rohnya.. Amin.


Daddy dalam kenangan...




Thursday 8 December 2011

My Super Simple Lamb ChopSS ^^.

Yummy yum^^!! Menu kali nie daku buat 2 minggu yang lepas. Idea my hubby nak makan ala-ala western idamnya. So, g pasaraya Giant daku rembat ape yang patut la.

Check it out!



Bahan-bahan marinate:

2 pcs Lamb Chop
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
2 sudu besar serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap masin
beberapa titisan lea & perrins
(campur sebati & marinate dlm chiller selama 3 jam)

Side Dish:

4 pcs Kentang sederhana besar
(potong kecil & rebus - toskan)
3 sudu besar mix vege (didihkan selama 8min & toskan)
1/2 labu bawang besar - potong kecil/dice
3 sudu besar mayonis
secubit  garam & gula
secubit lada sulah
secubit lada hitam

Kacang panggang dalam tin (any brand)
(panaskan sahaja)

* Sila panaskan oven pada 200c & bakar lamb  chopss selama 25min.
* Sementara tunggu lamb masak just mix all the side dish into the bowl, & mix well.

:: Ting! Siap!







Deco la sebagaimana selera anda, daku xsempat nak deco-deco bagai..lamb chopss ku telah melambai-lambai..huhu







Coba la. Coba la menerai resepi mudah banget ini. hehe ^^.




::

Tuesday 6 December 2011

Khas Untukmu Daddy



Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya,
Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Khas untuk my Daddy in Law..Mr. Silini ak Najah. Walaupun kita berlainan bangsa & agama tapi kami saaaaayang daddy sangat-sangat. Please wake up... We pray for you everytime & everyday. Please get well soon daddy!

Ulser? Auww...Sakitnya...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sejak awal minggu ini, perasaan tak berapa best..sebab? Ulser di mulut puteraku si abang Aiman. Punya la banyak...Whole over his mouth penuh dengan ulser-ulser yang tidak dikehendaki. Yela, nak minum pun tak boleh, apatah lagi nak mamam! pedih seh..Kesian aku tengok dia menahan kesakitan setiap kali nak telan air liur even tengah tidoq pun asyik terbangun.

Aduyai...Sakitnyee... :'-(


Bermula pada 5hari yang lepas, si abang asyik kata "sakit gigi!" setiap kali menelan makanan. Uiks?? Takkan umur baru 2tahun dah ada karies gigi. check punya check rupa-rupanya ulser yang sangat besar di lelangit beliau. Patut la...The next day, aku perasan ulser-ulser ini semakin berkembang biak dengan jayanya...As a parent, i am very worried about my son situation, so...gi jumpa doctor la!


Oh! Tidak..tidak..bukan Dr. Dua Alam ni.. =,=     










Ha..Doktor tu ada la rupe macam ni..ehehe ^^


So, setelah di belek-belek & di teliti rapi permasalahan Aiman, Doktor pun bagi kesimpulan.. Panas dalam katanya. So abang harus minum banyak air, jangan makan makanan yang pedas & berminyak juga sapu ubat-ubatan yang dibekalkan (kena bayar tahu..huhu) - Bonjela. <= Serius! memang berkesan beb!



::

Tuesday 1 November 2011

Doaku Buatmu~~


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya


Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya..


Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya...


Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena...


Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai


Sekiranya...
Aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu


Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..


Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha...


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu...


Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Ehsan En. Google

Monday 31 October 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Ehsan En. Google


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)




Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


Sumber : iluvislam.com

Surprise Kek Untuk Daddy~~




Tadaa....Ini la surprise cup cake untuk Daddy 13hb Oktober yang lepas... Many2 thanks to Huda Cup Cake yang membuat & me"nyetel"kan delivery pada hari tersebut. The cuppy was very delicious!! Hoo liao~~!! For Daddy.. We love u so much. ^^


Cute banget seh..hehe




Muka terkejut daddy dapat kek...^^







Sunday 18 September 2011

Bila Mereka Bertiga~~

Macam nie la kerenah bila mereka bertiga..hihihi....Aman je dunia ku rasa..Lihat mereka hilang semua masalah yang melanda..Sayang anak mummy....

My precious~~~

Saturday 17 September 2011

My 2nd Ensor~~

Hai~~~...fuh~fuh~baru hr nie sempat mengupdated belogku..huhu... Selepas bersalin anak ketiga nie, busy sungguh daku (gamaknya la..). Hari nie genap 2 bln 19hari anak ketiga yang di beri nama Muhammad Azzam Ensor.. Berat lahir 3.45kg sekarang suda 6.1 kg~~~...Sayang sikit anak mummy nie..Mmmmmuuuah!! 


Wednesday 20 July 2011

Kuih Getas Enak

Ohoo....ape menu kite hari nie ye. Kuih getas la...senang & mudah membuatnye kawan-kawan. Penat nak memikir ape menu minum petang hari nie..ada bahan-bahan...zooom! jadi la... Resepi  nie aku ambil dari bundaku..al-maklum la, bunda seorang peniaga nasi lemak enak & kuih tradisional. So, memang banyak menu-menu tradisi yang aku pun tak penah tengok. Yok! minum!


Kuih Getas Enak (Untuk 4-5 orang dewasa)

Bahan A
- 1/2 biji  kelapa parut (ambil yang berwarna putih je)
- 2 cawan  tepung pulut
- 1/2 cawan  tepung gandum (ada orang tak letak, tapi aku bubuh gak)
- 1/2 cawan  air
- secubit  garam
- minyak untuk menggoreng

Bahan B (Untuk Sira)
- 3 sudu makan  air
- 4 sudu makan  gula pasir
- 1 helai  daun pandan (simpul @ potong-potong kecil)


Cara Membuatnya.
1. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut & secubit garam. Gaul hingga sebati dan tuangkan air sedikit demi sedikit & uli hingga menjadi doh (boleh kepal-kepal gitu).  Awas! Jangan lembik sangat/ jangan keras sangat.
2. Ambil sedikit doh & gentel ikut bentuk yang di inginkan.
3. Kemudian, goreng dengan api yang perlahan.
4. Sudah masak/garing, angkat & ketepikan.
5. Dalam kuali lain, masukkan bahan B, gaulkan dengan api perlahan hingga gula menjadi pekat/likat (masa diperlukan dalam 8-10minit). Kemudian, kecilkan api.
6. Masukkan kuih yang siap digoreng tadi & gaul sebati dalam sira gula sehingga sira betul-betul keras/berkerak barulah boleh matikan api.
7. Jeng..jeng..jeng...boleh dihidang.


Senang kan?Aha..ini la kuih segera minum pagi/petang aku kalau dah ada penyakit M...Sedap pun sedap. senang pun senang.hehehe..
Selamat mencuba...! & jumpa lagi.

You are Soooooo Cool!

Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......

 


Video paling awesome untuk Showdown 2011 adalah dari Elecoldxhot! Tengok berkali-kali pun tak bosan! Enjoy ya... (^^)

Thursday 23 June 2011

Apa Dah Jadi?

Assalamualaikum semua..

Well, sebelum ini aku ada post tentang sambutan hari bapa, kan? Nak buat kek la kunun-kunun nye..tengok cubaan aku yg lalu..akceli dah buat pun oreo cheese kek but ntah mana silapnye mix cheese tu tak berapa nak jadi...nak snap gambar pun tak lalu..hahaha. so, memang kantoi la nak buat kek. Then, pada hari kejadian aku buat nasi ayam berempah je. Dah tanya dengan daddy & die tidak mahu kek. So, buat nasi ayam je la.Ha...tu pun xsompek den nak snap gambar...huhu. Layan je la daddy ek...

Gambar diambil dari Mama Moden

Anyway my dear sayang Muhammad Oliver Ensor... Happy Fathers Day to you. May Allah S.W.T melimpahi nikmat & kurnia kasih sayang yang mencurah-curah & tidak berbelah bahagi 
pada kita sekeluarga. Amin~...


p/s: daddy jangan nakal-nakal tau.. (^^)

Tuesday 7 June 2011

Ada Apa Dengan Susu ibu?



Anda suka minum susu? Ok..Ok..Sejujurnya aku memang liat sikit nak minum susu sedari kecil lagi. Nak buat macamne, asal susu berwarna putih je memang aku pangkah melainkan diletakkan bersama perisa coklat @ strawberry (huh!mengada-ngada)... (~,^)


Tetapi, persepsi ini berubah setelah mengetahui yang aku ni bakal menjadi ibu. Yela, makanan terbaik bagi bayi baru lahir adalah susu ibu. jadi, aku kena minum banyak susu sejak mengandung sampai bayi lahir nanti. Kepimpinan melalui tauladan la kira nya (eceh-eceh..!)...












Jadi, ada apa dengan susu ibu?



Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.

Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu.
 Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.
Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.
SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi. Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.

Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).
Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.


Faedah Penyusuan Bayi

01. Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

02. Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

03. Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.

04. Mencegah dari penyakit rabun malam.

05. Mencegah bayi daripada mendapat alahan.

06. Menggelakkan penyakit taun.

07. Menggelakkan jangkitan telinga.

08. Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.

Jadi bagaimana kawan-kawan? Adakah anda beri susu anda sepenuhnya (at least sehingga bayi berusia 2 tahun) pada bayi-bayi anda?


Renung-renungkan & selamat membuat pilihan. (^^)






Sumber : iluvislam.com
Sumber gambar : Google image

Sunday 5 June 2011

I need an idea...


Alhamdulillah... Aku masih lagi di beri nafas dari Yang Maha Esa. Syukur~...
Ermm..hujung minggu nie ape plan nak buat ye? (~,^). Next week adalah sambutan untuk Hari Bapa. So, i need an idea for celebrate with my family. (^^) wink!wink!
Dalam kepala nie asyik fikir nak buat strawberry cheese cake la pulak, so today ill buy some stuff to make a luvly cake for him.(Cube try test tengok dulu).. If menjadi. kire ON la plan tu.








~~~
~~~
@
~~~
~~~








Hehe.. I hope he will terharu biru dengan cake 2.. (Hope so) (~.~) 
So, ill make either strawberry cheese cake or oreo cheese cake. ( Daddy suke mkn cheese cake kan? kan?) Thehehe...
So. nantikan post i sempena Hari Bapa ek? (^.^)


Sumber gambar : Google Image

Thursday 26 May 2011

My Precious~


Dulu-dulu, masa zaman muda remaja la, mak selalu ingatkan aku..
"Ingat selalu kata-kata mak & bapak sebab satu hari nanti kau akan jadi seorang ibu..ingat lahirkan anak tak sakit? Sakit yang tak tertanggung sampai bila-bila.."
Owh..aku ingat mak cakap memain,yela nak takut-takutkan aku supaya dengar cakap die..sekarang, aku benar-benar percaye setiap kata-kata dari mak.
27hb mac 2009, kelahiran putera sulungku, Muhammad Aiman Ensor ke dunia..Then aku pregnant lagi untuk kali kedua. Audra Nuur Zahraa lahir selang setahun pada 8hb feb 2010. Masa tu, Aiman 11bln & tak pandai jalan lagi..so sabar je la.Nak handle Aiman pada masa yang sama nak setlekan Audra lagi..Nasib baik berpantang kat rumah mak, so ada la sapa-sapa yang membantu.Hehe.. (^^)
Tahun ni aku pregnant lagi (active sungguh kamu nih)...hehe. Rezeki Allah SWT pd keluarga kami. Due date 22hb jun 2011 nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan.



My precious...Aiman & Audra.

p/s: Aiman, tolong jaga adik-adik ye. Mummy tak larat...hehe

Menci~Menci~...



Alololo~~...Menci la hari nie...emosi tak berape nak stabil lak. Ntah kenapa mode hari nie tak best. Cian dgn Aiman & Audra..Sbr ek syg...
so i layan je lagu nih..

 Hati Yang Kau Sakiti by Rossa

Layanzz~...

Monday 9 May 2011

Permulaan Yang Baru

Ini adalah permulaan hidupku..
Penuh dugaan dan ranjau..
Tapi aku harus tempuhi..
Setiap satu langkahku..
Akan aku harungi dengan penuh hati-hati..


Kata orang..
Setiap minit yang di nafasi...
Adalah permulaan hidup setiap manusia..
Selagi mata tidak tertutup..
Telinga tidak mendengar..
Jantung tidak berhenti berdegup..



Terima kasih tuhanku Allah SWT kerana masih memberi nafas padaku..