Friday, 30 December 2011

Kesian Pada Anak itu...



Sedih & geram sangat baca kosmo online hari nie. U all ada baca tak tentang dua beradik azab dirantai oleh bapa mereka sendiri. Jika belum lagi, boleh ambil info di sini. Luluh hati daku bila tengok dua beradik tu dirantai & di biarkan tanpa pengurusan & yang paling penting tanpa jagaan & pengurusan yang baik. Nauzubillahiminzalik..

Anak adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Mereka adalah tanggungjawab kita sbg ibu & bapa mereka yang pastinya di dunia & InsyaAllah juga di akhirat sana kelak. Jika x sanggup jaga anak, x payah pandai-pandai bikin anak okeh!. Daku dalam mood geram ye. huhuhu

Okeh, daku summarize sikit dari story mory nie ye. Si Ayah (orang tempatan) bekerja sebagai buruh (mungkin pergi pagi balik tengah malam buta). Si Ibu (orang Siam) dah hai hai bye bye sebulan yang lalu, so ayah mungkin xmampu nak upah orang untuk jaga (xpun xde orang yang sanggup nak jaga dua beradik nie) dia pun ambil langkah drastik merantai anak-anaknya agak tidak melarikan diri. Pheww... Sesenang je buat keputusan macam tu kan? Ingat anak-anak dia tu robot aka bobot keh? Dan kemuncaknya jiran-jiran telefon pihak berkuasa setelah mendengar jeritan & tangisan dua beradik tersebut. (Sebelum depa telepon, depa dah skodeng tapi xdapat nak buka pintu rumah yang dirantai). Kelasss..masyarakat Malaysia adalah masyarakat prihatin.

Jadi pada sahabat sekalian, marilah kita tingkatkan semangat kejiranan juga menguatkan peranan kita sebagai role model pada anak-anak kita. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah pada anak-anak kita. Ingat ye. Kita yang melakar corak & warna pada mereka.


Macamne nak jadi role model yang terbaik buat mereka?


Untuk yang masih single mingle sila penuhkan ilmu keibubapaan di dada & kepada yang telah mempunyai keluarga sila tambahkan ilmu lagi agar mereka menjadi anak-anak yang soleh & solehah. InsyaAllah...
Ilmu secara free ada di sini^^.


Gambar ehsan En. Google




No comments:

Post a Comment