Salam sejahtera semua..Well. kali ni daku nak share resipi Murtabak Mini Sodap yang daku cedok dari resipi unggul Kak Besah dari belog masakan MyResipi. Dalam banyak-banyak belog masakan yang daku intai, belog MyResipi antara yang paling best & boleh dipercayai. Hahaha..
Kenapa daku berkata begitu?
Banyak resipi-resipi yang menarik, mudah & simple untuk kita cuba. Terutama bagi wanita-wanita unggul yang berkerjaya seperti daku nih..Ngehehehe. Yela, mana nak handle anak-anak, rumah tangga & suami lagi. Ape yang penting dalam masak-memasak bagi daku nie, campak-campak dalam kuali dah menjadi. huhu..^^. Sekarang tak de beli-beli buku recipe macam zaman single mingle dulu. Buka laptop terus goooooooogle. Mudah kan?
Ha...Dah beberapa kali daku cuba resepi yang ada dalam Myresepi nie, memang berbaloi-baloi & yang penting menjadi! Tak tipu punya but u all must select the best recipe with high best comment & reports. Ha..penting jugak tu. Tak la keciwa di kemudian hari apabila resipi yang di cedok tidak menjadi seperti yang di inginkan..^^
Okey guys, lets check it out! ^^
Crispy & yummy...^^ |
Bahan-bahan (4 orang)
4 biji kentang-potong dadu kecil
2 keping isi ayam-dihiris halus.
4 labu bwg merah
2 labu bwg putih
sedikit halia muda-ditumbuk
2 sudu besar rempah kari daging-dibancuh dgn semangkuk air.
4 bj telur besar
2 bj bawang besar-potong dadu kecil & sepokok daun sup-dihiris
Bahan utk kulit:
3 cawan tepung gandum
1 cwn air *
1/2 sudu mkn penuh garam *
1sudu mkn gula *
1 sudu mkn susu tepung *
*bancuh hingga larut okeh.
Orait! Gentel time!
1. Uli tepung dgn bahan yg dibancuh tadi sehingga menjadi doh yg licin & kental.xperlu uli dgn kuat mcm uli donut. Uli perlahan.. golek2 kan pun ok.. asalkan lama..lebih kurang dlm 10 - 15minit gak lah..
2. Gentel bulat-bulat sebesar penutup botol air mineral & rendamkan dalam minyak hingga tenggelam.buat hingga habis.(jgn bimbang,minyak tu tak akan terjejas & boleh disimpan semula)
3. Biar sekurang-kurangnya 3 jam baru boleh ditebar.
4. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan bancuhan rempah kari, goreng hingga pecah minyak. Then masukkan ayam & secawan air. Bila ayam hampir empuk masukkan kentang.biar hingga kentang empuk, rasa lah manis, masinnya.bila sudah kering & masak- sila sejukkan.
5. Campurkan telur,bawang besar cincang, daun sup & inti yg telah sejuk tadi hingga rata. Then ketepikan.
6. Panaskan kuali atas api yg agak kecil. Sapu minyak atas permukaan tutup periuk. Kemudian kembangkan sebiji doh diatasnya sehingga agak nipis tp jgn smpai koyak. Masukkan 1sudu besar campuran inti, lipat jadi 4 segi.
7. Angkat murtabak mentah itu dgn cermat menggunakan kedua belah tangan & letakkan atas kuali. Bila bahagian bawah telah garing, balikkan. Buat hingga habis.
8. Hidangkan bersama bawang besar cincang + cuka + cili padi potong + sedikit garam & gula.
Makan begitu saja pun enak dong! Memang best Murtabak Mini nie. Rasa yang crispy & tidak keras sangat walaupun sudah sejuk. Arigatogozaimas Kak Besah! ^^
No comments:
Post a Comment