Salam sejahtera kawan - kawan... Ha, entri kali nie daku nak share Udang Masak bersama Petai yang memang mengancam! Sekali sekala pekena petai memang best..lagi - lagi dengan nasi panas - panas! wOw! boleh terangkat beb. Mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Hehehe...
Okey..menu kali nie atas permintaan bonda tercinta. So daku pun terus angkat kuali & kelentang...kelentung...kat dapur nu ha...( aip! aip! jangan melawan kata bonda) hehehe.. So ini la hasilnya.. jeng..jeng..jeng....
^^ |
Jom- jom check it out.
Bahan - bahan (untuk 5 orang makan)
1/2 kg - Udang sederhana (saiz L) - kupas kulit ya.
3 papan - Petai
4 labu - Bawang merah *
2 labu - Bawang putih *
1 labu - Bawang besar - hiris halus
3 sudu besar - Cili giling
1 sudu kecil - sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
garam & gula secukupnya
Bahan perasa (untuk sesiapa yang suka - daku tak letak pun)
* sila tumbuk sebati
Kelentang kelentung time!
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan bertanda * bersama bawang besar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak. - daku estimate dalam 10minit gitu.
3.Then masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Sesiapa yang dah biasa bubuh MSg pun boleh, daku memang tak gheti. hehe..
4. Rasa sket..emm..nyum - nyum..dah okey boleh masukkan udang & petai bersama.
Jeng! Jeng! Jeng! Dah siap. Ringkas amat menu nie!
Daku estimate masa memasak dalam 25minit je. Hihihi..
So, inilah hasil air tanganku.. Mudah, ringkas & yang paling penting sodap beb!
Udang Sambal Petai..menggiurkan~~ |
Zoom sikit untuk tumbesaran udang..hehe |
p/s : Lepas nie, sental toilet kuat sikit ye..aroma petai melekat beb! hehehe.. ^^
No comments:
Post a Comment