Wednesday 29 February 2012

Wordless Wednesday #4: ...








O no shinzō...

  
Shin'ainaru...
Watashi wa totemo kanashīdesu...
Watashi wa korera subete no shiken ni ikinokoru koto o negatte...
Watashi no kokoro no ame...
dozo...
@>-,-'----






p/s: Watashi wa nagaiai nihongo o hanasu. ~xoxo~


Meet Uncle Hussin - Pokok



Teringat Aiman selalu nyanyi lagu nih. Bhahaha...Layannnnzzz~




Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh


Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh


Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada


La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa


Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh


Tanya sama pokok


Monday 27 February 2012

Faces oF My Lill Audra^^



 Haih la Audra...Ada je nk wat memek muka klu mummy snap gambar dia..Hehe...



Snap curik2..dia xpasan lg..


Close up ke'demok'kan pipi beliaw..hehe


Secara automatik melamparkan senyuman comey beliaw..hehe



Nak minum air pun still nk posing..haih









^^


Mutiara Cinta..








Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.



Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.



Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.



Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.



Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.



Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.



Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.



Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.



Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.



Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.



Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.





Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.



Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi    







~Aku Cinta Kamu~   

 

Friday 24 February 2012

Barangan Yg Wajib Dibawa Ke Hospital Bersalin




Assalamualaikum semua...

Tengok kawan-kawan ramai pulak yg preggy tahun nie, macam teringin la pulakss...Hehe. Dah..cukup2 la Maria setakat nie, lain tahun cuba lagi...Asyik nak jadi mak buyung je stp tahun, tak pasal2 jadi johan mak buyung pulak coz tiap thn muka nie la yg ulang alik ke dewan bersalin. Huhu...

Okeh...back to root, merepek2 je aku nih...Hehe...Untuk para ibu2 yg bakal bersalin, adalah penting untuk buat persiapan seawal kandungan 32 minggu. Sudah semestinya perlu ada 'emergency bag' dalam kenderaan anda ye. Knp awal sgt - 32 minggu?

Based on my experience, setiap baby yg bakal lahir tu xsama cara kelahiranya. Ada yg sakit lama sgt baru keluar, ada juga yg xsempat rs kesakitan tup2 bersalin dlm kereta. My lill princess pn hampir2 keluar kat kete dlm week 35! Imagine dalam contraction stp 5min tu, aku leh lg drive harung jammed kat Summit USJ then balik ke Klang semata2 tertinggal buku merah! Tambahan pula, Mr. Daddy outstation kat Terengganu. Sampai2 kat hospital dh buka 5cm, tak tunggu lama...1 jam mcm tu si comey Audra pun lahir..Alhamdulillah....

Jadi, emergency bag perlu sgt2. Jom check it out ape yg perlu ada dlm bag tu ^^


Emergency beg - Gambar ehsan en. Google

Apabila Sangkakala Di Tiup..





✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


~Sumber dr e-mail~

Wednesday 22 February 2012

Wordless Wednesday #3: Suda 1000 ! ^^



:'-)




Chocolate Moist Cake For My Lill Princess^^



Abaikan deco cake yg comot tu. huhu











Hoyeeeaaa^^!

Salam hari Rabu kawn-kawan^^. Entry ni dh lama kat draft, aku xsompek nk edit bagai. Sgt2 kebizian dgn tugas2 harian. Okeh, 8hb Feb yg lepas adalah hari kelahiran my lill princess aka Audra, aku xbuat pe2 yg spesel pun. Just bake for her a yummy Chocolate Moist Cake With a Fresh Strawberry as a deco gitu.


Fresh Strawberry - bahan utama ni.yummy yum!


Okeh, daku share secret resipi yg di amik dari MyResipi. Ini untuk base tau, untuk icing pula aku amik di sini. Ha, ini bahan2 yg aku bt coz sume bahan dh ada kat rmh except for the Fresh Strawberry lor...Beli kat Tesco.Hehehe..

Bila Nak Jejak Ke Sini^^

Selalu aku dok berangan-angan taik kucen nak menjejakkan kaki ke tempat2 yg best2 di donia nie. Bila la agaknya dapat gi sana ek? Mimpi di siang hari la gamaknya.Huhu...

Layannkan je la 5 best places that i wish to go...hukhuk














The Iguazu Waterfalls, Argentina-Brazil Border





The Pyramids & The Spinxx, Egypt





Bali Beach, Indonesia






p/s: domestik pun byk lagi xjejak, ada hati nk g ober the sea. huhu...\(^^)y



Tuesday 21 February 2012

Whitney Houston - I Will Always Love You




Happy Tuesday peeps! One of my fav song! Enjoyzz!!^^





If I should stay,
I would only be in your way.
So I'll go, but I know
I'll think of you ev'ry step of the way.

And I will always love you.
I will always love you.
You, my darling you. Hmm.

Bittersweet memories
that is all I'm taking with me.
So, goodbye. Please, don't cry.
We both know I'm not what you, you need.

And I will always love you.
I will always love you.

(Instrumental solo)

I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of.
And I wish to you, joy and happiness.
But above all this, I wish you love.

And I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I, I will always love you.

You, darling, I love you.
Ooh, I'll always, I'll always love you.




~RIP Whitney Houston~



Monday 20 February 2012

Audra Pun Nak Ikut Juga^^


Hello peeps^^! 

Pejam celik - pejam celik dh 20th of February 2012. Cepat sgt masa berlalu kan? Anak2 daku pun cepat sangat membesar. Terasa baru melahirkan mereka. Hehhehe..Aiman almost 3 years old by next month, Audra dh masuk 2 year in this early Feb & si Demok Azzam pulak almost 8th month! Haih la anak...Rindu sangat kat depa skrg nih! (eleh...baru tinggal kejap gi keje..hehehe)

Semalam sempat snap gelagat depa. Waktu nih nak ambil si Aiman yang tidur di rumah Wan. Si Audra nak ikut jugak then sibuk amik selendang sebagai tudung. Tiru mummy atenye..Layannnn je la..



Si Demok Azzam yg tak lekang dengan senyuman!


Dh pandai Hi Hi Bye Bye pulak..^^


Si kakak pun sibuk gak nak pakai tudung...


Close up Audra pakai tudung nmpak jambul..hehe


Aiman xde mood nk layan Audra...Sibuk dgn bantal bucuk & pet pet..


With my niece Nurin Dania, Audra yg hepi riang gumbira & Aiman yg xde mood^^


Ada gaya Malaysian Next Top Model gittew...^^




Semoga Allah SWT memelihara kebahagiaan & keharmonian kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin...Love u all soo much! ^^



Sunday 19 February 2012

NSYNC - God Must Have Spend A Little More Time On You



Happy Sunday peeps^^! Enjoy my fav song on this weekend! ^^

 



Yeah....
Oh yes
Ohhh..yeah..
Can this be true?
Tell me, can this be real?
How can I put into words what I feel?
My life was complete
I thought I was whole
Why do I feel like I'm losing control?
I never thought that love could feel like this
and you've changed my world with just one kiss.
How can it be that right here with me
there's an angel?
It's a miracle...

Your love is like a river
Peaceful and deep
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time
On you...
(A little more time, yes he did baby)

In all of creation
All things great and small
You are the one that surpasses them all
More precious than
Any diamond or pearl
They broke the mold
When you came in this world
And I'm trying hard to figure out
Just how I ever did without
The warmth of your smile
The heart of a child
That's deep inside
Leaves me purified

Your love is like a river
Peaceful and deep (and deep)
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time
On you...
(on you, on you, on you, you....on you, on you, on you, you..) ohhh...
(on you, on you, on you, you....on you, on you, on you, you..) yeah...

Never thought that love could feel like this
and you changed my world with just one kiss.
How can it be that right here with me
There's an angel?
It's a miracle...

Your love is like a river
Peaceful and deep (peaceful and deep)
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time
On you...
(on you, on you, on you, you..)
God must have spent...
A little more time
on you
(on you, on you..you....you..oooh..yeah)
A little more time
on you...ohhh

Wednesday 15 February 2012

Doa Perlindungan Kanak-Kanak

Silalah amalkan doa ini. Mudah-mudahan diberi perlindungan dari Nya...



Rasulullah S.A.W telah berdoa untuk perlindungan Hassan & Hussin (cucunya) dengan membaca:







"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)"



Tuesday 14 February 2012

I Love U




I love you for the man you are,
I love you for the things you do, 
I love you for the things you say.
But most of all I love you because you love me for the woman I am for the things I do and for the things I say.

I love you Muhammad Oliver Ensor


Monday 13 February 2012

Edisi Ketinggalan Monorel^^


Fffuuuuhhh....entry kali nie dh lama dlm draf tapi xsompek nak edit bagai. Walaupun ketinggalan monorel aka basi tapi layan je la..hehe.


Selepas kami berflaming steamboat on Dec last year, Mr Daddy xdapat join atas sebab2 tertentu. so.....xnak dia terkeciwa, kami pun pi lagi sekali. Kali nie mmg berpuas hati. Makan sampai perut boroi tak hengat! Hahaha...ape tak nye, selagi tak muntah selagi tu la kami dok hadap makanan kat sana. Memang best! Nie kali ketiga aku pergi memboroikan perut kat sini tau.


Fresh vege

various of askem..i like!

Indah je permandangan kan.ehe..

Free flow juice & ABC

Crowded beb..semua section open.



Kami purchased  online under Groupon worth Rm15.90 seorang dewasa plus boleh bawa seorang kanak-kanak bwh 3 tahun for free! Harga asal Rm28.60 tau.  Memang sangat berbaloi. Edisi berjimba2 kali nie tak bawa si Azzam demok sb xcukup kuota. (kejam punya mak!). Okeh2, Azzam tak pandai mkn makanan pejal lagi tu yg tinggal kat umah nenek je. Tunggu dh besar sket & tumbuh gigi sok mummy bawak gi sana ek?


Aktvt meregangkan otot sblm mkn

Seorang daddy mithali.ehe..

Adegan 1 dlm 1000 - tiba2 jadi sahabat baik


Terjah askem dulu..

Ape tgk2...? ehe..

Sume muka kejung lepas perut boroi..hehe
Okeh. Mmg puas hati. Kalau ada rezeki boleh dtg lagi. Restoran nie ada 3 cawangan Setapak, Bandar Sunway & latest kat Shah Alam. Aku gi kat Shah Alam tmpt lagi luas, selesa & keadaan tak la crowded sgt. Just nice..So, kwn2 yg nak cuba steamboat boleh checkidaut kat sini utk maklumat lanjut ye. Peace out^^!