Monday 30 April 2012

Banana Cake With Choco Chips! ^^



Salam 1Blogger kawan2...Semalam hari yg sangat hangat kan...? Since pagi sampai ke mlm terasa bahang panas walaupun kipas ceiling + kipas meja + air - cooler dah pasang tahap optimum.  (takkan mintak air - conditioner kot... T___T )

Kesian my demok Azzam tak dapat tdo, asyik mengamuk2 je sb kepanasan. Bila dia dah tdo ape lagi start la projek hujung minggu ku..hehehu. Ada pisang 6 pcs terus booking dgn my mum yg itu pisang, saya yg punya. Jgn goreng tau! (teruklah Maria..Ampun mak..hehehuu)

Dan, inilah hasilnya..Jeng jeng jeng...


Yummy yumm.. (^^)y

Okeh, meh aku share bahan-bahannya. Very the senang tau. Biasa aku buat tak letak chocolate chips but yesterday saje letak utk attract my kids makan. Yess! Alhamdulillah..My kids sgt2 suka mkn these simple banana cake..hehehehu \(^_^)/


Bahan-bahan (utk 7 org mkn tau)

6pcs pisang awak/ any kind of pisang pun boleh + 1 sk soda bikarbonat- sila lenyek sebati (if boleh jgn blender coz nanti serat2 pisang tu tak nampak)
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
3 sb chocolate rise
1 cawan gula icing
3 biji telur saiz sederhana
1 cawan minyak
1/2 sk esen vanilla
1/2 sk esen pisang *ini optional, xletak pun xpe, if letak lagi haaarumm!


Cara membuatnya

  1.  Panaskan oven dlm 160c. Biarkan heating ye.. ^^
  2. Ayak 2 cawan tepung & baking powder - ketepikan. If guna tepung kek/self raising flour abaikan step ini ye. Ayak icing sugar dalam bowl. 
  3. Masukkan 3biji telur & mix well sampai kembang semangkuk (kekeke)
  4.  Bila dah kembang cantik adunan  sugar+egg, masukkan pisang yg telah dilenyek bersama soda bikarbonat + esen vanilla + esen pisang + minyak.
  5. Dengan kelajuan sederhana, masukkan sedikit demi sedikit tepung sampai sebati.
  6. Lastly, masukkan chocolate rise (yg nie tak perlu guna mixer tau!) just kaup balik sekejap guna spatula je.
  7. Masukkan adunan yg dah siap dalam loyang 7" yg telah dilenser butter.
  8. Bakar selama 45min!

Tinggg!! Tadaaaa!!!



Zoommm in..Uuhhhh..Kualitas gambar sgt low.. Sorry! T__T


Mixing time dalam 20min je & bahan-bahan semua ada kat umah. Selamat mencuba! (^^)y



p/s: back to work dlm air - cond ~~~ huhuhu

No comments:

Post a Comment