Tuesday, 17 April 2012

Semoga Pakcik Zainal Abas Cepat Sembuh


Assalamualaikum WBT,

Hari nie mood sedih sebab since pg semalam Pakcik Zainal Abas admitted ward kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit jantung. Memang pakcik ZA ada penyakit jantung selama nie, tp since last Friday keadaan dia dah makin teruk. Aku mmg nak pi jenguk tp keadaan tak mengizinkan, InsyaAllah ada masa petang nie mintak izin larikk jap dari ofice then pi jenguk Pakcik ZA di wad 8B HTAR tu.

Siapa Zainal Abas?


gambar kopi pasta dari blog beliau


Sure ramai generasi Y tak tau siapa ZA nie. Serba sedikit aku kopi pasta dr blog Official Kasajiza AS aka Zainal Abas ye.


" Mula menulis sajak pada thn 1970. Menyertai RTM pada thn 1974 sebagai Juruhebah / Pengacara TV & Penerbit Radio. mengundurkan diri untuk menjadi freelance pada thn 1984 sehingga sekarang. Telah menulis lebih dari 100 buah sajak dan lebih dari 100 lirik lagu yang di nyanyikan oleh pelbagai penyanyi tanah air. Selain dari menggunakan nama sendiri saya menulis menggunakan nama pena : KASAJIZA A.S.!"


Ye, ZA amat terkenal dlm era 70an sebagai juruhebah RTM. Kira paling ngetop la zaman tuh. Time nie aku pun tak lahir lagik. Huhuhu...So, bila aku dapat berkenalan rapat dgn keluarga ZA nie baru tau siapa disebalik nama Zainal Abas aka Kasajiza AS. Mmg very down to earth person la Pakcik ZA & family terutama wife beliau yg saya panggil Kak Anum.

Pakcik ZA~ Saya & family berdoa pada Allah SWT agar pakcik cepat sembuh ya.sob sob T___T


p/s: rindu dendangan lagu2 kanak2 pakcik pada anak2 saya.


No comments:

Post a Comment