1 April, Klang: Gempar seketika di rumah Haji Njadiman apabila seseorang yang tidak dikenali berada di rumah anak perempuannya sekitar jam 12 tengahari. Pada waktu kejadian anak perempuannya itu tiada di rumah. Kakak mangsa yg kebetulan melintas di belakang rumah mangsa melihat kelibat suspek sedang mandi.
Oleh kerana ingin mendapat kepastian, kakak mangsa, Sujana telah 'skodeng' suspek yg kemudiannya merembat kain sarung siapa ntah di belakang rumah. Lantas, secara tergopoh gapah si kakak telah mengadu ke rumah tentang perihal tersebut.
Sebagai adik aka ibu kepada 3 org baby berusia 9 bulan hingga 3 tahun (nak jugak masuk) terus menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Msia yg prihatin aka 'alert' nak mereport pada pak polisi. Padahal dalam hati kuss semangat takut ape2 boleh berlaku.
Ambik gambo jauh dulu takut org tu mngamuk ke hapa |
Kiri adalah suspek, kanan tu abg sulung suh pakai seluor sape ntah |
Haji Njadiman telah menyumbang baju pagodanya sb suspek topless giteww |
Setelah di soal siasat nmpaknya sustek xreti sepatah haroom pun ckp malaya apatah lagik berkecek omputeh, jauh lagik nk berbahasa jawa kasar. Nampak sangat PATI nie jatuh dari trek polis ke hapa. Seb baik die xmelawan or mengamuk.
Dari rias wajah & body language suspek nie dia nk sampaikan yg dia lari dr trek polis (kebetulan awal pagi tu mmg nmpak peronda polis ronda2 area umah kami padahal ya ampunnn nk nmpk kete polis ni lalu depan umah setahun sekali pun haroomm) dengan 4 kawannya yg lain. So now we know la why..hehe. Mmg sgt2 bersyukur suspek nie xmelawan or acukan senjata pada kami. Siap bagi mkn minum lagi sebab kesian tgk dia. Walaupun begitu kami sentiasa kepung dia agar xmelarikan diri bila polis dtg nk tangkap. Huhu..
Suspek xtau ckp Malaya apentah lagik omputeh sambil menunjukkan kaki yg calar balar |
Kereta peronda pak polisi dtg setelah 1 jam menunggu..adehh |
Setelah 4 5 kali follow up mane ntah para2 pihak berkuasa yg kami call xdtg2 akhirnya 1 jam kemudian aka jam 100 petang baru la muncul kereta peronda polis. Adehhh kalau tau lame no nak nunggu depa datang harus kami hantar terus suspek ke balai polis berhampiran. Tak sampai 15min pun. Adehhhh....
Sempoi je polis tu dtg, bukak tingkap & terus buka pintu belakang. Debik 2 3 kali kat pipi suspek sambil berkata " menyusahkan aku je ko nih!!!"
Terbeliak biji mata kami2 ni nengok polis buat cenggitu. Pada pengamatan kami sungguh kasar layanan polis pada suspek. Suspek pun xberani nak lawan..Dia ikut je.
Kakak & abang mangsa telah mengiringi suspek masuk ke dalam kereta peroda |
Kami yg terpinga2 just melihat babak itu berakhir di situ sambil polis berlalu begitu sahaja tanpa berkata apa-apa.
Dalam pada itu, dapat pula panggilan dari unit polis yg lain sosat cari jalan ke rumah aii! Pulak....Xkan polis xdibekalkan dgn GPS system. Ponat den sungguh2 bagi add umah, last2 sosat. Kalau suspek tu nk lari dh smpi KL kot. Ape daa...slow serbis betul.
p/s: Cerita ini adalah dari kisah benar. Tiada yg benar selain yg benar2 belaka.
Huhu...Ada gaya wartawan x?
Huhu...Ada gaya wartawan x?
aku ingt uma msuk pncuri lg..huhu lama xblik kg tsayang
ReplyDelete