Monday 9 January 2012

Meps Oh Meps






 Ini kesah daku petang Jumaat lepas. Penat berkejar-kejar nak withdraw duit kat ATM Hong Leong (sebab aku guna bank nie), offline pulak. So decide pergi ke Maybank yang terdekat, buat withdrawal & masukkan duit dalam Maybank daku.

Nak jadikan cerita ku yang malang deposit cash machine pulak tengah di selenggara oleh pak-pak sekuriti Maybank. Sabor je la ...



Daku : Erm..lama lagi ke ? (sambil tersenyum kambing)

Pak Sekuriti : Boleh la tahan dalam 10 minit. (muka takde perasaan)

Daku : Ok. Tak pe, saya leh tunggu.. (sambil keluarkan kad HL)

Pak Sekuriti : Dik..kenapa tak buat Pindahan dari bank ke bank?

Daku : Erm..tak pernah buat...



Trololololololol...Ape Maria nie hidup zaman batu ke ape? Pindahan dari bank ke bank pun tak tau...hehe. So, pak-pak sekuriti yang baik budi pun tunjuk la macamne nak buat pindahan tu..hehehe (hanya berkesan dengan bank yang mempunyai MEPS services sahaja tahu ^^)



Langkah 1 : Lawat mana-mana bank yang ada MEPS service.

Langkah 2 : Masukkan kad ATM anda.

Langkah 3 : Sila pilih bahasa.

Langkah 4 : Masukkan no pin.

Langkah 5 : Pilih urusan "Pindahan Wang"

Langkah 6 : Pilih lagi "Pindahan Antara Bank"

Langkah 7 : Sila pilih akaun pilihan - simpanan @ semasa.

Langkah 8 : Sila pilih bank penerima yang di inginkan.

Langkah 9 : Masukkan akaun penerima & jumlah RM.

Langkah 10 : Sahkan transaksi - tekan betul @ salah.



Mudah je tau! Memang banyak langkah-langkah time nak buat fund transfer nie tapi sebenarnya anda tak perlu langkah kaki pun! (just berdiri betul & tekan-tekan the right button je.hehehe...) Ok. Sumpah tak lawak..

Sebenarnya ia semudah 123 & ABC tak perlu keluarkan cash money & tanggung risiko handle duit dalam tangan. (Walaupun ciput je tp duit jgk beb..sape nak bagi..huhuhu).

Juga, caj pindahan akan dikenakan ikut terma & syarat bank. Setiap transaksi dari bank ke bank yang lain memang tak sama. Melainkan transfer fund dari akaun bank yang sama memang totally free of charges yep!

2 comments:

  1. lor awat i baru tau...selama ni i buat manual...huhu jauh berjalan lagi...

    ReplyDelete
  2. hehe..kn? tapi dia ada caj pindahan..so kena tau berapa tu..takut2 over 5 hinggit masak seh..hehe

    ReplyDelete