Saturday, 21 January 2012

Doa Pengasih & Melembutkan Hati


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat..entry kali nie daku nak share ayat @ bacaan doa untuk melembutkan jiwa - boleh gak nak jadikan ayat pengasih untuk seseorang. Eh..eh..bukan tujuan tak elok la..nie bertujuan untuk melembutkan hati si dia @ sesiapa sahaja - mungkin dalam keadaan marah @ tak ketahuan.Hehehe..

Daku tak ingat tarikh sebenar daku amalkan doa nie tapi since sekolah menengah. Time tu ustazah dok ceramah tentang agama then dia ada sentuh tentang kebaikan ayat nie. Alhamdulillah, since hari tu ape je permintaan aku di permudahkan oleh Nya.

InsyaAllah, jika kita mengamalkan ayat-ayat suci Allah S.W.T akan mendapat berkat kasih sayang yang tulen & berpanjangan. Jika kita amalkan ilmu tak baik - sihir la bagai - ia adalah syirik & berdosa besar tahu.


Bismillahirrahmanirrahim..



"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang & matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". " - Surah Yusuf, Ayat 4




p/s: teringat ada satu masa yang daku betul-betul dalam kesusahan dgn Mr. Daddy, ayat nie la yang aku baca sentiasa dalam hati - each second without failed. Syukur kehadratNya kami selamat ^^.


5 comments:

  1. aku baca tapi sorang pon taknak kasih mcm mana??
    tipu la ko ni?? hahhaha tak la gurau jer...


    wan besi

    ReplyDelete
  2. Wan..kau kena baca dengan niat yg ikhlas - tulus - suci - murni - br berjaya. Niat tak baik? Sendiri mau ingat la ye..hehe

    ReplyDelete
  3. Hi, perlukah kita menyebut name si dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, hanya berniat & tekad di dalam hati.

      Delete
    2. i see.. Okay thnks! i will try this out.. :)

      Delete