Wednesday, 18 January 2012

Disebalik Warna Ros itu..

Salam Sejahtera semua...

Pernah dapat bunga dari pojaan hati @ secret admirer tak tak pun dari orang yang kita tak suka tak suka tak suka? Thehehe...Daku nie memang peminat tegar bunga - bungaan. Ape je yang berkaitan bunga memang aku shukeee..lagi - lagi bunga ros. Time sekola dolu-dolu daku penah dapat banyak la, pelbagai warna pulak tu. Shukee - shukee..Hehehe. Jadi apa maksud di sebalik warna bunga?

Jom Check It out...

Merah melambangkan cinta yang abadi

Ia menyatakan ungkapan cinta yang amat mendalam, kasih sayang, rindu atau keghairahan. Mawar merah juga boleh digunakan untuk menyampaikan rasa hormat, rasa kagum atau keberanian. Bilangan bunga ros merah juga mempunyai makna yang romantis seperti "Be mine" dan "I love you".


Merah Jambu melambangkan kebahagiaan & romantik.

Ia membawa maksud kegembiraan, kesyukuran & kekaguman terhadap seseorang. Ia juga simbol keanggunan & rahmat kebahagiaan.  Sesuai untuk menyatakan ungkapan tahniah & terima kasih yang tidak terhingga - "Thank You".


Putih itu suci & ikhlas

Bunga ros putih melambangkan keikhlasan, kesucian, kehormatan & rasa yang tidak bersalah. Boleh juga untuk sampaikan rasa simpati & merendah diri. Bunga ros putih memberi mesej kesetiaan - "I am worthy of u".

Kuning melambangkan persahabatan

Membawa ungkapan penuh semangat, perasaan kegembiraan, kehangatan dan ungkapan mengalu-alukan. Mereka adalah simbol persahabatan dan penyayang kepada seorang sahabat. Sesuai untuk menghantar mesej muhibbah - "Thank You", "Welcome Back", "I Care".


Lavender @ Ungu melambangkan tarikan cinta pandang pertama.

Ia menyatakan perasaan cinta pandang pertama - juga melambangkan keunggulan cinta & keindahan agung untuk sang kekasih. Memberi simbolik - "I fall in love all over again every time I see you."


Jingga melambangkan tenaga & semangat

Bunga ros jingga memberi mesej bangga, semangat & tenaga dalam kehidupan. Ia juga menyampaikan rasa tertarik & kebahagiaan dalam berpasangan. Kebiasaannya di raikan apabila memulakan sebuah perlanan yang baru dalam kehidupan. Mesej simbolik -" I am proud of you".


Hijau melambangkan kesempurnaan & kejayaan

Hijau adalah warna yang harmoni, kemewahan, kesuburan. Ia juga warna yang menunjukkan kedamaian dan ketenangan - melambangkan hasrat terbaik untuk kehidupan yang makmur ingin atau baru bagi mendapatkan kesihatan yang baik.


Biru melambangkan sesuatu yang sukar untuk dicapai

Bunga ros biru menyatakan fantasi & mengaharapkan keajaiban berlaku - mimpi yang sukar di capai. Ia simbolik - "I can't have you but I can't stop thinking about you", "You are extraordinarily wonderful"


Hitam melambangkan kematian

Hitam adalah warna kematian dan perpisahan. Apa yang kita tahu sebagai mawar hitam yang sebenarnya bunga ros merah yang benar-benar gelap. Mawar hitam menyampaikan kematian perasaan atau idea. Menghantar mawar hitam kepada seseorang menunjukkan kematian dalam suatu perhubungan.  - "Good Bye & Farewell".


No comments:

Post a Comment