Tuesday 3 January 2012

Sambal Tempe & Ikan Bilis Mengancam ^^


 

^^
 
Okeh..Sempena new year 2012 nie, daku mulakan dengan resepi Sambal Tempe & Ikan Bilis mengancam seh...Pheewitttt... Hehehe

Daku mengaku daku Jawa okeh.hehehe..So, tempe is all time favourite for me & my family. Even Mr. Daddy yang tak menyukai tempe selama 24 tahun kehidupan, sekelip mata (Cheewah! Tetibe je khan?) pada tahun ke 25 nya tertambat hati pulak. Hewhewhew.. (Gelak ngengada).

Jadi, daku masak menu ini atas permintaan Mr. Daddy untuk di bawa ke Kuching, Sarawak atas urusan kerja. So Mr. Daddy, ikhlas dari hati nan murni buat mu & resepi ringkas istimewa kepada sahabat-sahabatku..

Jom Check it Out~~




Bahan-bahan 

 2 pcs tempe - hiris nipis * (boleh beli kat kedai-kedai runcit @ pasaraya berdekatan)
Segenggam ikan bilis *
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air
3 labu bawang kecil **
2 labu bawang putih **
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit Minyak Masak untuk menumis
Garam & Gula secukup rasa

* Sila goreng dengan garing.
** Sila tumbuk hingga mesra gitu.


Jom Kelentang Kelentung !

  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan-bahan yang bertanda ** sehingga naik bau.
  2. Masukkan Cili giling & air. Sila tumis sehingga pecah minyak. (lebih kurang 10-12min).
  3. Kemudian, masukkan sos tiram, garam & gula - secukup rasa. ( yang ni ikut selera anda ye, mula-mula masukkan la sikit-sikit then rasa dulu, kalau dh ok baru next step) Hehe..
  4. Lastly, baru masukkan bahan-bahan utama = tempe + ikan bilis goreng.
  5. Gaul mesra & biarkan kering sedikit (dlm 2-3min) then,
TADAA!! dah siap pun! Hehehe...





Daku cair okeh..hihi


Macamana? Senang tak menu kali nie. Hihihi.. Daku estimate masa memasak dalam 30 min & daku masak hingga garing sikit biar tahan lama. Yang penting simpan dalam bekas kedap udara & suhu bilik pun okeh. (Boleh tahan dalam 2 minggu ye) - dah ada case study pun. Hehehe..

Selamat mencoba^^ !





No comments:

Post a Comment