Friday, 27 January 2012

Oh No! Not Now

Gambar ehsan En. Google


Hi all..Lame dah aku tak hapdated dalam blog. Lot of things happen during this week la pulak.. Si baby Azzam admitted because of sakit tiga serangkai tuh - cough+flu+fever. Alhamdulillah..He was getting better now. Now mummy dia pulak yang uhuk-uhuk. Berjangkit kami empat beranak. Harap-harap kami tak sebarkan virus nie kat orang sekeliling la ye.

So im off - nak relaxkan kepala yang dizzy-dizzy since 3 days ago. Doakan kami cepat sembuh ye. Wassalam.


p/s: Aku pun tak tau ape kena mgena gambar di atas dengan entry aku nih tapi yang pasti aku suke PPG! Hehe..

Saturday, 21 January 2012

Doa Pengasih & Melembutkan Hati


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat..entry kali nie daku nak share ayat @ bacaan doa untuk melembutkan jiwa - boleh gak nak jadikan ayat pengasih untuk seseorang. Eh..eh..bukan tujuan tak elok la..nie bertujuan untuk melembutkan hati si dia @ sesiapa sahaja - mungkin dalam keadaan marah @ tak ketahuan.Hehehe..

Daku tak ingat tarikh sebenar daku amalkan doa nie tapi since sekolah menengah. Time tu ustazah dok ceramah tentang agama then dia ada sentuh tentang kebaikan ayat nie. Alhamdulillah, since hari tu ape je permintaan aku di permudahkan oleh Nya.

InsyaAllah, jika kita mengamalkan ayat-ayat suci Allah S.W.T akan mendapat berkat kasih sayang yang tulen & berpanjangan. Jika kita amalkan ilmu tak baik - sihir la bagai - ia adalah syirik & berdosa besar tahu.


Bismillahirrahmanirrahim..



"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang & matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". " - Surah Yusuf, Ayat 4




p/s: teringat ada satu masa yang daku betul-betul dalam kesusahan dgn Mr. Daddy, ayat nie la yang aku baca sentiasa dalam hati - each second without failed. Syukur kehadratNya kami selamat ^^.


Friday, 20 January 2012

Lawak Di Hari Jumaat ^^

① Br menikah:MY LOVELY WIFE (♥♥,)  ➳♥

② 1 thn menikah:MY WIFE/MUMMY ♥♥

③ 5 thn menikah:HOME  (✿◠‿◠)

④ 10 thn menikah:IBU PEJABAT :x

⑤ 15 thn menikah:BILIK GERAKAN  ̃o.O 

⑥ 20 thn menikah:BUKIT AMAN (◑.◑)

⑦ 25 thn menikah:WRONG NUMBER    (╥﹏╥)

⑧ 30 thn menikah:JANGAN ANGKAT  ๏̯̃๏

⑨ 35 thn menikah:MAK LAMPIR ٩(×̯×)۶



Pada yang dah menikah, & dah rasa tua rajin rajin la check hp suami anda yea..tengok gelaran yg anda dapat...Kuikuikui


p/s: daku punya still no ① walau hampir 4 tahun menikah. Alhamdulillah...Moga berkekalan hingga ke syurga..Amin~~

Thursday, 19 January 2012

Vote Me! :: Baby Cute Contest~


Banner Baby Cute Contest


Hoyeaaaaa...Baby Azzam masuk contest lagik. Kali nie contest dari Baju Baby Atas Rak yang sangat sempoi. Dalam blog tu, ada jual pelbagai barangan baby dengan harga yang berpatutan - memang berbaloi-baloi. Hehe...

Okeh, ini adalah syarat-syarat penyertaan :


1. Terbuka kepada baby yang berumur dari 1bulan ke 2tahun.
2. Sila Letakkan banner contest di sidebar blog anda dan entry anda.
3. Anda hendaklah menjadi Follower blog BAJU BABY ATAS RAK.
4. Buat entry tentang contest ini dan link back ke entry ini.
5. Sertakan sekeping gambar sahaja dalam entry anda.
6. Terbuka kepada anak sendiri/ anak saudara / adik anda. 
7. Anda dikehendaki menwarwarkan hadiah yang bakal dimenangi didalam entry anda.
7. Sila nyatakan nama anda,nama baby dan tarikh lahir baby.
8. Anda mesti TAG sekurang-kurangnya 4orang untuk join contest ini.
9. Tinggalkan link entry anda di kotak komen.


Hadiah yang bakal dimenangi :

Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. 


Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.




*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*




Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA


Tarikh tutup penyertaan ni adalah pada :- 8 February 2012


::
::

Best kan hadiah nye..^^ dan daku pertaruhkan gambar my lill Azzam yang ini :-

Its a bird..its a fly..noo its Azzam the Bee...  ^^"

Nama Baby :: Muhammad Azzam Ensor bin Muhammad Oliver Ensor
Tarikh Lahir Baby :: 28/6/2011
Nama Mummy :: Siti Maria

::

Tagged
~~~~~~~~~~~~~



Ben Ashaari ?? Im Speechless..


Amaigaaad... Is it Ben Ashaari - The famos amos blogger in Malaya? Wawawawa... nanges daku tengok screenshot neh! Tengok betul-betul - yang kiut miut & encem  tue... ^^


Nie lagi satu keajaiban terjadi on 18 Jan 2012. Daku baru menapak dalam dunia blogging nih & selalu follow blog dari Abg Ben - dapatkan tips & berbagai-bagai sume la.

Terima kasih Abg Ben coz sudi follow i yang takde name neh ^^.



p/s: Tetibe semangat naik meningkat disebabkan aura Abg Ben. Kena rajin-rajin berkawan neh. Hehehe...

Nak Jugak - Jugak

Hoyeaaaah...Post kali nie memang istimewa. Mylillkingdomku telah mencapai 500 pageview. Hahaha..macam kelakar je daku post 500 pageview nih..blogger lain 6 or 7 kosong baru publish aku baru 2 kosong tapi dah sebok nak publish..kehkehkeh




Ekceli blog yang aku buat nie just untuk tatapanku & tatapan umum tanpa berniat nak tarik ape-ape traffic pun. Berblog untuk suke-suke since May 2011. Keajaiban yang berlaku on 18 Jan 2012. Alhamdulillah...
 

p/s: Baca entry neh jgn gelak menyampah kuat-kuat ye. Segan juga dong. Ehehehe...

Wednesday, 18 January 2012

Disebalik Warna Ros itu..

Salam Sejahtera semua...

Pernah dapat bunga dari pojaan hati @ secret admirer tak tak pun dari orang yang kita tak suka tak suka tak suka? Thehehe...Daku nie memang peminat tegar bunga - bungaan. Ape je yang berkaitan bunga memang aku shukeee..lagi - lagi bunga ros. Time sekola dolu-dolu daku penah dapat banyak la, pelbagai warna pulak tu. Shukee - shukee..Hehehe. Jadi apa maksud di sebalik warna bunga?

Jom Check It out...

Merah melambangkan cinta yang abadi

Ia menyatakan ungkapan cinta yang amat mendalam, kasih sayang, rindu atau keghairahan. Mawar merah juga boleh digunakan untuk menyampaikan rasa hormat, rasa kagum atau keberanian. Bilangan bunga ros merah juga mempunyai makna yang romantis seperti "Be mine" dan "I love you".


Merah Jambu melambangkan kebahagiaan & romantik.

Ia membawa maksud kegembiraan, kesyukuran & kekaguman terhadap seseorang. Ia juga simbol keanggunan & rahmat kebahagiaan.  Sesuai untuk menyatakan ungkapan tahniah & terima kasih yang tidak terhingga - "Thank You".


Putih itu suci & ikhlas

Bunga ros putih melambangkan keikhlasan, kesucian, kehormatan & rasa yang tidak bersalah. Boleh juga untuk sampaikan rasa simpati & merendah diri. Bunga ros putih memberi mesej kesetiaan - "I am worthy of u".

Kuning melambangkan persahabatan

Membawa ungkapan penuh semangat, perasaan kegembiraan, kehangatan dan ungkapan mengalu-alukan. Mereka adalah simbol persahabatan dan penyayang kepada seorang sahabat. Sesuai untuk menghantar mesej muhibbah - "Thank You", "Welcome Back", "I Care".


Lavender @ Ungu melambangkan tarikan cinta pandang pertama.

Ia menyatakan perasaan cinta pandang pertama - juga melambangkan keunggulan cinta & keindahan agung untuk sang kekasih. Memberi simbolik - "I fall in love all over again every time I see you."


Jingga melambangkan tenaga & semangat

Bunga ros jingga memberi mesej bangga, semangat & tenaga dalam kehidupan. Ia juga menyampaikan rasa tertarik & kebahagiaan dalam berpasangan. Kebiasaannya di raikan apabila memulakan sebuah perlanan yang baru dalam kehidupan. Mesej simbolik -" I am proud of you".


Hijau melambangkan kesempurnaan & kejayaan

Hijau adalah warna yang harmoni, kemewahan, kesuburan. Ia juga warna yang menunjukkan kedamaian dan ketenangan - melambangkan hasrat terbaik untuk kehidupan yang makmur ingin atau baru bagi mendapatkan kesihatan yang baik.


Biru melambangkan sesuatu yang sukar untuk dicapai

Bunga ros biru menyatakan fantasi & mengaharapkan keajaiban berlaku - mimpi yang sukar di capai. Ia simbolik - "I can't have you but I can't stop thinking about you", "You are extraordinarily wonderful"


Hitam melambangkan kematian

Hitam adalah warna kematian dan perpisahan. Apa yang kita tahu sebagai mawar hitam yang sebenarnya bunga ros merah yang benar-benar gelap. Mawar hitam menyampaikan kematian perasaan atau idea. Menghantar mawar hitam kepada seseorang menunjukkan kematian dalam suatu perhubungan.  - "Good Bye & Farewell".


Tuesday, 17 January 2012

Hotel Berhantu? Adakah...

Weeeehuuuu....Keluarga Mr. Ensor nak gi holiday. Yeay! Yeay! Yeay!

Melaka - Here we cum^^!


Macam tak sabar je tunggu kepulangan Mr. Daddy dari Kuching then bersuka ria gi melancong. Destination - domestic je atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan (PTPTN la tue..). Amekaw...tue la, sape suh cari pasal then nie la padahnye. 

Ye..ye...dalam proses pemutihan la nie...tunggu masa je nama clear dari blacklist. (Aduihhh..Sabar..Sabar...)

Ok. Bile cite je bab bergumbira cuti-cuti M'sia nie, tetiba my sis daku buat soalan ala-ala seriau gitu.."Dah check ke hotel tue angker ke tidak...?"

Melompat aku dengar. Ape lagi terus dapatkan khidmat En. Google. Ini antara yang daku dapat dalam porum Cari.

Hello..i am Azzam the Bee ^^



Hello..! I am Azzam the Bee^^. 

Thehehe.. Cute banget anakku nie ye..Pakai costum bee lg. Untuk pengetahuan sume, photoshoot nie di ambik sempena Baby Cute Contest by Tesco Setia Alam (branch yang lain tak pasti la pulak). Time nie lepas abis shopping kat sana, tgk ada contest utk baby-for free lg, ape lagi..Harus terus terjah ye. Ngehngehngeh..

Seb baik Azzam nie jenis mesra alam gitu, so takde la susah nak suruh dia gelak ketawa guling-guling macam tenggiling ke ape..hehehehe.

Kepada sesape yang berdekatan Tesco Setia Alam, just purchased at Tesco retail at least RM50.00 and you can enter this Baby Cute Contest - Just For Free. Only for kids 3 month until 8 years old tau. This contest will end on 21 Jan 2012. Cepat! Cepat!

For my luvly "Honey Bee" Azzam. Go Go Go! Mudah-mudahan menang ek^^.


Monday, 16 January 2012

Lawak Suami Nak Kawin Lagi


Pada suatu hari yang damai..sang suami tengah berkira-kira nak cari alasan untuk kahwin lagi..


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan ?


Hahahahha..Padan muka... ^^ 




Kredit sepenuhnya pada Lyssa Secret.

Tuesday, 10 January 2012

Good Luck My Friend~~



Entry nie khas untuk my ex-colleague Jaya Parathy. Seorang yang peramah & amat kelakar. Berborak ape je memang tak kering gusi kami di buatnye...hehe. But sad, she no longer at Besi Apac Sdn Bhd.


On her last day, sempat lagi posing semua sudut dalam BA nie. hehe...Last destination at lobby - of coz ambik moment-moment yang tak dapat kami lupakan di Christmas Tree! Hehehe...




Ehemhem..Penyeri Besi Apac - me, Lachmi, Parathy & Sui inn


Last-last kami jadi juge buat farewell party at Flaming Steamboat! Kenapa pilih tempat tu..? Sangat dekat dengan tempat kerja also memang berbaloi makan apa sahaja sampai perut memboroi tak hengat. hehe.. Cube la. Cube la..(free marketing from me!)


  Besi ladies - Siti, Parathy & Lachmi          







Parathy & me


 We wish you all the best with your new career. Hope to see you again ^^.

Hati-hati! Web Online Penipu~Beli Telefon Bimbit, Dapat Ibu Lesung

Mangsa Penipuan Siber
 
JOHOR BAHRU – Seorang pekerja swasta kecewa apabila tiga unit telefon bimbit bernilai RM3,250 di Internet namun yang diterima hanyalah sebiji ibu lesung, sehari selepas menjelaskan bayaran. 
 
Mangsa, Mohd Ha­i-z­rul Hisham Muhammad Hashim, 30, berkata, dia membuat pembelian selepas melayari sebuah laman web selain tertarik dengan tawaran telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S berharga RM1,100 berbanding harga pasaran semasa, RM1,900.
 
“Saya beli tiga telefon bimbit pada 6 Disember lalu dan buat bayaran ke akaun milik seorang lelaki.
 
“Tetapi sehari selepas itu, saya terkejut apabila barang dalam bungkusan yang dihantar sebenarnya adalah ibu lesung,” katanya ketika perbicaraan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, semalam.
 
Mohd Faizrul berkata, dia tidak berpuas hati selepas cuba menghubungi pemilik nombor telefon itu tetapi enggan dijawab dan mendapati syarikat itu tidak wujud.
 
Presiden TTPM, Quaik Ching Yu dalam penghakimannya menegaskan pihak menuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak selepas dapati ada masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.
 
“Penuntut perlu pilih satu pihak untuk fail tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat, manakala duit dimasukkan ke akaun peribadi individu, mereka akan saling menolak,” katanya.
 
Mohd Haizrul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat itu dan meneruskan tuntutan terhadap pemilik akaun yang terima pembayaran.
 
Ching Yu mengarahkan lelaki yang terima bayaran itu memulangkan semula RM3,250 kepada Mohd Haizrul.


 
p/s: Sekarang nie ada bermacam-macam bentuk penipuan, perlu beringat & lebih berhati-hati ^^.

Kredit pada Sinar Harian

Monday, 9 January 2012

Meps Oh Meps






 Ini kesah daku petang Jumaat lepas. Penat berkejar-kejar nak withdraw duit kat ATM Hong Leong (sebab aku guna bank nie), offline pulak. So decide pergi ke Maybank yang terdekat, buat withdrawal & masukkan duit dalam Maybank daku.

Nak jadikan cerita ku yang malang deposit cash machine pulak tengah di selenggara oleh pak-pak sekuriti Maybank. Sabor je la ...



Daku : Erm..lama lagi ke ? (sambil tersenyum kambing)

Pak Sekuriti : Boleh la tahan dalam 10 minit. (muka takde perasaan)

Daku : Ok. Tak pe, saya leh tunggu.. (sambil keluarkan kad HL)

Pak Sekuriti : Dik..kenapa tak buat Pindahan dari bank ke bank?

Daku : Erm..tak pernah buat...



Trololololololol...Ape Maria nie hidup zaman batu ke ape? Pindahan dari bank ke bank pun tak tau...hehe. So, pak-pak sekuriti yang baik budi pun tunjuk la macamne nak buat pindahan tu..hehehe (hanya berkesan dengan bank yang mempunyai MEPS services sahaja tahu ^^)



Langkah 1 : Lawat mana-mana bank yang ada MEPS service.

Langkah 2 : Masukkan kad ATM anda.

Langkah 3 : Sila pilih bahasa.

Langkah 4 : Masukkan no pin.

Langkah 5 : Pilih urusan "Pindahan Wang"

Langkah 6 : Pilih lagi "Pindahan Antara Bank"

Langkah 7 : Sila pilih akaun pilihan - simpanan @ semasa.

Langkah 8 : Sila pilih bank penerima yang di inginkan.

Langkah 9 : Masukkan akaun penerima & jumlah RM.

Langkah 10 : Sahkan transaksi - tekan betul @ salah.



Mudah je tau! Memang banyak langkah-langkah time nak buat fund transfer nie tapi sebenarnya anda tak perlu langkah kaki pun! (just berdiri betul & tekan-tekan the right button je.hehehe...) Ok. Sumpah tak lawak..

Sebenarnya ia semudah 123 & ABC tak perlu keluarkan cash money & tanggung risiko handle duit dalam tangan. (Walaupun ciput je tp duit jgk beb..sape nak bagi..huhuhu).

Juga, caj pindahan akan dikenakan ikut terma & syarat bank. Setiap transaksi dari bank ke bank yang lain memang tak sama. Melainkan transfer fund dari akaun bank yang sama memang totally free of charges yep!

Dr. Ezani Juara Masterchef Malaysia Pertama~Tahniah!

Dr. Ezani - Sumber ehsan En. Google


Yesss! daku dah agak Doktor gigi nie mesti winner Masterchef Malaysia. Setelah bertungkus lumus hampir 6 bulan bertapa kat Masterchef akhirnya juara ialah Ezani,26 tahun yang berasal dari Selangor. Beliau mengalahkan Wahidan, 42 tahun seorang pekebun yang berasal dari negeri di bawah bayu.

Pekebun pun lebih hebat memasak dari daku tau. Jangan memain..kelass gitu! hehe

Dengan kemenangan ini, Dr. Ezani membawa pulang RM100,000.00 dan berpeluang menerbitkan buku masakannya sendiri! Fuh..hebat sungguh. Muda-muda lagi dah ada peluang nak terbitkan buku masakan sendiri. Eh, Wahidan tak bawa pulang apa-apa hadiah ke ek?

Apa pun tahniah sekali lagi. You deserve it ^^!

Wednesday, 4 January 2012

Aduh...Sakit Kepalaku....

Ouch..!! Sakit kepala yang amat menyerang. Aduhai...spoil la..tengah-tengah waktu memuncak (banyak kerja la sangat kan) nie, ada je penyakit yang datang. Sebenarnya daku bukan lah seorang yang selalu dapat sakit kepala nie.. Semenjak dua menjak nie je & rasa sakit tu akan menyerang tiba-tiba. Kesakitan yang amat sangat di sebelah bahagian kepala sahaja dalam 3-5 saat  lepas tu reda. Then dia datang lagi..

Kenapa ek?


 
Gambar ehsan En. Google





Daku gooogle punya gooooogle dapat la beberapa artikel tentang sakit kepala sebelah nie. Daku malas nak kopi & pasta, so u all baca la artikel nie.


Tuesday, 3 January 2012

Sambal Tempe & Ikan Bilis Mengancam ^^


 

^^
 
Okeh..Sempena new year 2012 nie, daku mulakan dengan resepi Sambal Tempe & Ikan Bilis mengancam seh...Pheewitttt... Hehehe

Daku mengaku daku Jawa okeh.hehehe..So, tempe is all time favourite for me & my family. Even Mr. Daddy yang tak menyukai tempe selama 24 tahun kehidupan, sekelip mata (Cheewah! Tetibe je khan?) pada tahun ke 25 nya tertambat hati pulak. Hewhewhew.. (Gelak ngengada).

Jadi, daku masak menu ini atas permintaan Mr. Daddy untuk di bawa ke Kuching, Sarawak atas urusan kerja. So Mr. Daddy, ikhlas dari hati nan murni buat mu & resepi ringkas istimewa kepada sahabat-sahabatku..

Jom Check it Out~~



Hola 2012 Sayonara 2011 ^^



Salam 2012 untuk kawan-kawan semua...


Harap tak lambat untuk daku ucapkan untuk semua kawan-kawan ye ^^. Moga-moga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


Gambar ehsan En. Google


Yap, bercakap tentang tahun baru dah tentu akan ada je azam baru. hehehe... Azam tahun lepas dah tertunai ke? Ek..alamak. Azam tahun lepas still lagi tertunggak (psst..bior la rahsia..hewhewhew). Pe pun yang penting Azzam daku telah pun selamat & sihat walafiat ^^.


Jadi, ape azam anda pula??