Wednesday, 25 July 2012

Wordless Wedneday #6: Logo Kemerdekaan Ke-55



>.<








 p/s: adeii..Sapo la yg dapat tender design nie, cantik lagi logo-logo tahun sudah
 (just my two cents >.<)

Friday, 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak~


Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu.. Mulai esok muslimin & muslimat dah start puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak 1433 hijriah.

Tahun 1430h, Ramadhan bertiga, 1431h pulak berempat, 1432h sudah masuk berlima & 1433h ini Alhamdulillah kami masih berlima. Mudah-mudahan segala yang kami rancangkan berjalan dengan lancar. Aminn~

Pada tahun nie juga kami berpuasa penuh di bumi kenyalang ~ jauh dari emak & bapakku. Setiap tahun, biasanya hari pertama & terakhir puasa mesti wajib berbuka dengan mereka. Tahun nie dah lain, kami merantau di negeri orang & semuanya kami handle sendiri. Sedih sangat..tahun pertama berjauhan dgn mereka begitulah.. InsyaAllah tahun-tahun akan datang aku dah mulai kebal sikit dengan keadaan nie.


Sempat lagi posing sebelum bertolak ke LCCT  itu hari

Ye, berkelana di tempat orang bukan mudah. Perlu fahami budaya, adat & paling penting bahasa & pertuturan perlu la selari kan. Jangan macam ayam dengan itik udahh..hehe. So far so good la kami d sini. Mr Daddy banyak membantu dari banyak segi. Aku je la kena pulun banyak benda nak catch up. Bila umur makin meningkat nie, otak pun makin lampi (lambat pickup huhu)

Semoga Ramadhan kali ini membawa banyak lembaran indah dalam hidup kami & paling penting ibadah seperti puasa, solat tarawikh & lain-lain dapat kami sempurnakan dengan lebih baik.

InsyaAllah..




SALAM RAMADHAN AL MUBARAK DARI KELUARGA MR. ENSOR.. (^_^)y




Wednesday, 18 July 2012

Sotong Goreng Kunyit^^


Salam 1Msia kawan-kawan..

Lama betul tak berupdate blog nie.. persiapan sebelum puasa nie banyak betul. Antaranya biz dgn adik beradik jual kek lapis sarawak yang marbeles tuh! Mmg tak menang tangan nak terima order. Pasal kek lapis srwk tu, next entry nanti aku citer ek? Plus cookies almond choco chips yang mendapat tempat di hati ofismate hubby. Harus aku kebizian di saat-saat sebelum raya nanti.

Syukur..Alhamdulillah...Rezki di tempat orang..hehe. Okey, hari ni saje nak share 1 resipi senang banget iaitu Sotong Goreng Kunyit.

Jom layannzz..


Hubby fav ^^


Bahan-bahan (utk 4 org)


6pcs Sotong - bersihkan & potong ikut suka.hehe
4 pcs Kacang Panjang - ni pun potong ikut suka ^^
1 ulas Bawang Besar - di hiris
2 ulas Bawang Kecil -di hiris
1 ulas Bawang Putih - dihiris
1 tangkai Cili Merah - dihiris
1 st Oyster Sos
2 st Serbuk Kunyit
Garam & Gula secukup rasa
Minyak utk menumis



Cara memasak

1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan-bahan yang dihiris.

2. Apabila nak bau, masukkan oyster sos & sotong.

3. Kemudian,  masukkan serbuk kunyit & kacang panjang. Tidak dilupa garam & gula secukup rasa.

Biarkan mendidih. Tadaaa..!


SELAMAT MENCUBA!



Friday, 6 July 2012

Tempahan Chocolate Chips & Almond Cookies Di Buka Sekarang!


Salam Jumaat yang penuh barakah kawan2 di sekelian alam. (^_^)y

Baiklah, atas permintaan ramai (terutama anak-anakku & makcik jiran sebelah umah) betul nie tak tipu, Maria akan buka order untuk my own 'secret recipe' Chocolate Chips & Almond Cookies sempena Syawal yang bakal menjelma. Yeayy!

Delivery hanya di seluruh kawasan Kuching & Sibu sahaja & ianya free @ percuma! Lagi sekali, its free delivery tau - door to door delivery!

Untuk mengelakkan quality issue, aku tak menggunakan khidmat pos jadi jika tempahan dari area lain, self pick up / ambil sendiri amat dialu-alukan. (^_^)y


Sooo chocolaties & melt in your mouth (^_^)y


1 bekas: 50-53pcs hanya Rm16.00

Rasa ragu-ragu tentang rasanya? Cuba dulu baru tau.hehe..


Untuk sebarang pertanyaan/tempahan, sila hubungi Maria sendiri di no
 016-6592055 
email ke audrafx2055@yahoo.com


Last untuk order adalah: 10 Ogos 2012 (Jumaat)



p/s: Order jangan tak order. (^_^)y


Thursday, 5 July 2012

Cinta Di Akhir Garisan: Nora, ZZ, Ning & Dessy


Jom layan lagu jiwang seh, Lagu ni amat famous amos sekitar tahun 2003 (if i not mistaken la ek?) Time tu aku tgh study lg. huhu. Bila dengar lagu ni mmg meremang bulu wey.

Apa pun layankan je la. (^_^)y








Wednesday, 4 July 2012

Audra Nuur Zahraa In Action!


Salam hari Rabu kawan2..

Hari sungguh bz nak mengemas barang2 dlm kotaks..Almost a month kat bumi Kenyalang nie tapi semangat nak mengemas asyik kelaut je. Huhu..Kalau dah penyakit 'M' datang mmg cenggini la episod hidup ku.. bersambung. bersambung. & bersambung.. Tak tau bila nak siap..Tunggu Mr. Daddy free weekend ni kot. hehe..

Ok, pe pun layan je la pics my lill Audra during our vacation at Penang. Updated 2 hotel yg kami check in tu later la ek..

Layann je la..zasssss...