Friday, 23 March 2012

Spesifikasi Calon Suami ^^

Tadi gi cuci2 minda di Forum Cari. Jumpa lah thread ni. Meh aku share dgn kamu semua yer.



1.Solat fardhu cukup 5 waktu. Tak ponteng solat Jumaat kat masjid. wajib! (tambahan)

2. Ada kerja gaji RM1000-1500 ke atas,atau lebih lagi,lagi baik. boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras,boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Kalau kereta second hand pun ok, janji tak rosak. Boleh la bergerak dan bawa isteri dan anak2 keluar dalam keadaan selamat.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "AlifBa' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat SPM je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tade lah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain.kalo dia banyak bercakap pun tade lah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah!Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."



p/s:Alahai...aku suke tang nomot 14 tu..hehe ^^




Kopi Pasta dari Cari Malay Forum

Friday, 16 March 2012

Segmen : Blog Reviewing by Haruno Hana





Ahaa...lame xjoin GA dari kwn2 blogger. Almaklumlah bizi la kunun..ehehe - bizi2 pun sempat bt entry & join yo...tak menahan tu..ok2.


Thank you soooo much dear Sue  yg sudi tag kita untuk join GA dr blogger kiut miut Hana tu. Nak join segmen ni amatlah mudah just click banner yg kawaii tu & tag 2 kwn kita. Eazy pezy bukan?!


Jadi, dengan ini aku nk tag 2 kawanku yg ohsem iaitu Lovelywa & Eah the explorer.



ok.Done! \(^^)y






Wednesday, 14 March 2012

Nyah Kau..Terima Kasih Kunyit ^^



Wah...tajuk entry tak hengat..ngehngehngeh...Okey, tips sihat nie aku nak share 1 petua nenek moyang kita dengan menggunakan herba iaitu kunyit. Kunyit nie mempunyai ejen untuk melawan penyakit terutama selesema aka flu. Apa tu kunyit?


Bg sape2 yg kompius kunyit tu yg mne 1, nie aku kopi pasta dari wikipedia



Kunyit - gambar ehsan en. Google


Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.


Kajian mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan.


So true kawan2. Aku dh praktiskan kegunaan kunyit nie pada anak2 aku. Lazimnya, anak2  aku yg bawah 2 tahun akan selalu diserang penyakit tiga serangkai tuh (flu+cough+fever). Walaupun dh berobat mcm2 ttp akan berjangkit sorang demi sorang. Mana taknya, sorang sakit tapi yg lain dok pakat ngendeng or pelok cium depa,akibatnya...naaaa...sume berjangkit2. Paling tak dpt menahan bila malam je, anak2 xdpt tidur dgn aman di sebabkan blocking nose. Sian...sobbss T___T


So, petua nenek moyangku utk meredakan selsema adalah..jeng3. tumbuk kunyit hidup sket, then tepek kat T zon anak anda  sambil selawat ke atas Rasullullah SAW 3x & berniat agar anak2 kita cepat sembuh. Lebih & kurang macam gini la hasilnya:



Si demok Azzam setelah di sapu dgn kunyit..haih


Buat la sampai anak2 anda sembuh ye. Pengalaman aku kalau di amalkan dlm 2 hari flu akan kurang or baik, jadi kadar untuk hidung tersumbat/blocking nose pun akan kurang. InsyaAllah.. ^^





p/s: Pernah waktu Si Demok Azzam admitted pasal penyakit Tiga Serangkai tu, hampir semua Doc & nurse tny knp dahi tu? Then bila aku bgtau kunyit, 'Its works, trust me' reply doctor tu. Seb baik, ingat nk marah..huhu


Tuesday, 13 March 2012

Hainanese Chicken Rice @ D'Serambi





Assalamualaikum wbt kawan2..jom lunch?! Menu hari nie Hainanese Chicken Rice @ Restoran D'Serambi.

Harga mmg berpatutan dgn bmacam2 set yg ditawarkan Hari nie aku pilih set H = Rm8.90. (xleh selalu2 tau..bajet 1msia ni). huhu..Jom layannnn...


Set H= Hainanese Chic Rice + mango salad + ice lemon tea



tu dia sepokok daun sup depa tanam..hehehu



urmmph!



Mango salad nie mmg best!



Lemon tea & ice aside..ehehe.. jaga sore kunun.

 Alhamdulillah.. ^^

Monday, 12 March 2012

Friday, 9 March 2012

Shila Amzah - Patah Seribu


Jom layann lagu nie. Vokal Shila mmg mantap beb cuma yg xmantap gosip chenta dia & chanaz. Sorry dear me no likey... Ape pun, JOM KAROK!









Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…





Tuesday, 6 March 2012

Spaghetti Bolognese With Chic Meatball^^









Salam Hari Selasa kawan2..Saja nak share resepi Spaghetti bolognese with Chic Meatball yg very so simple!  Entry main masak2 nie aku bt last Saturday. Baru hari ni sempat edit bagai.huhu.... ^^


Okey, me always using pasta from Preego. Sangat cepat & mudah. Juga rasanya sangat...uummmmphhh tip top. Anak2 sangat menggemarinya. Mesti cuba try test ^^. 


Biasanya aku just pour mince chicken/beef je, tp kali nk teringin sangat nak mkn dgn meatball,so buat agak2 je la. Hasilnya tetap wallaa! (bak kata Kak Engku..hehehe) - perfecto mente!


Okeh, Jom Check it Out ^^




Dimulakan dgn Bismillah.. ^^


Pertengahan jalan.. ^^


Licin liao.. Alhamdulillah ^^


Bahan-bahan (6-7org)


1 pct Spaghetti = boil dlm 10-15min
*tos then immediate pour cold water to prevent sticky.

1 tin Sos Preego tradition (400g)
1 tin Tomato puree (160g)
1/2 pc Carrot = dice
1 labu Yellow Onion = dice jugak
Garam & gula secukup rasa

1/2 pct Mince Chicken = thawing tau
1 ts Tepung Gandum
Sedikit garam.
*Sila gaul mesra & uli bentuk bulat2 mcm bebola ok.


Cara-cara memasak

1) Panaskan sedikit minyak utk menumis, then masukkan dice yellow onion.
2) Agak-agak dh naik bau, masukkan sos preego, tomato puree & dice carrot ye.
3) Gaul mesra, biarkan mereneh dlm 5min then masukkan bebola ayam tu direct ke dlm sos bolognese anda. Biarkan reneh dlm 10-13min.

Tadaaaa.....! Dh siap ^^



Si Audra yg comot.. ^^



Abang..duduk elok2 sket yep ^^



Si Abang yg comot momot.. ^^ (sila abaikan rambut ala-ala Korean beliaw)



\(^^)y




Tu dia..Siap guna dua tgn lagi. Haih





~Sekian laporan saya~


Monday, 5 March 2012

Membunuh masa..



Assalamualaikum WBT & Salam 1Msia kawan2.. ^^


Wah! Permulaan hari bekerja yg sungguh membunuh masa. Knp lak membunuh masa - apa kau merepek Maria..? Thehehe...Hari nie masa aku sgt2 packed! Dah la awal pagi td hujan rahmat turun, terlena dlm kedinginan sampai over sleep pulak. Amagad...Not today pls...Its Monday dear! Lambat kuar umah seminit je Federal & of coz KESAS highway would b an huge congested anyway!


Gambar hiasan semata2 - tepek dr blog ohsem  Eah The Explorer


Aiyayaya...so true kaban! Aku lah mangsa kesesakan tu terutama di traffic light HICOM yg malfunction pg td. Mmg mencabar jiwa ku ke ofis la..Then sampe di ofis lak, kerja2 sudah menimbun2 utk di setlekan..Haih la..


Skg nie br ada masa utk berpoya2 mata & minda di blog2 kwn2! Lepas nie nk bw ke blog kwn2 ku & if ada blog2 yg lain chek cuma boleh tinggalkan jejak, chek x dapat follow dek karena ofisku block segala mak nenek entertainment website, even nk nengok sapa kwn2 chek pun x dapat - sobbss.. T___T        Sorry guys! 


Tetapi, haku berikrar akan follow kamu - kamu & kamu balik ye.


Arigatou gozaimasu ^^ !!

Tragedi Hari Minggu




Okey la...Last weekend byk bnd terjadi kat umah. Haru biru umah keluarga Mr. Njadiman dek kenakalan anak2ku. Mane taknye..si abg & kakak dh berpakat nk bt design umah baru utk mummy. End up dinding & lantai umah abis kena conteng dgn depa. Huhuhu..SOrry mak..sobss...T___T    Kekdahnya ,sorg nk jadi engineer sorg jd arkitek mcm Mr. Daddy tak gitu? Amin~~


Then, mmg plan nk g gunting rambut si abang - bak kata Mr. Daddy dh mcm cucu Temenggung Jugah. Meh tgk gambar mangsa tragedi smlm ^^




Mangsa - Sblm tragedi..


Semasa tragedi..


Selepas tragedi..


Selepas lepas tragedi.. - upah mkn Corn in Cup terus ok!


Adik mangsa - Tiada kaitan tragedi..Sibuk berposing je


Juga adik mangsa - Langsung tiada kaitan tragedi..Sibuk mam biskut






p/s: baru faham perasaan Mr. Daddy tiap kali bawa Aiman g gunting rambut.. T___T


Barney - I love U, U Love Me


Lagu fav anak2 Mr. Ensor. Layannnn... ^^

 


 
I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and
A kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?


 

Happy Monday^^






&










Friday, 2 March 2012

Yeay^^!



Just want to shout!


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



 




peeps!  \(^^)y











20 Amalan DiMurahkan Rezeki

Assalamualaikum kawan-kawan..


Just nak share dengan semua 20 amalan yg boleh kita amalkan agar rezeki kita sentiasa murah. Well, kita sebagai manusia hanya merancang & hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui tentang perjalanan rezeki setiap insan. Dan rezeki ni datang dlm bermcm2 bentuk, ada rezeki harta benda, rezeki anak, kesihatan, keselamatan & mcm2 lagi

Semoga kita dapat praktis dlm kehidupan seharian ye^^. InyaAllah...






1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sumber: Majalah ANIS



Kredit sepenuhnya kepada paranorms.org

Thursday, 1 March 2012

GA Oh GA




Tengok ramai kwn2 blogger masuk GA itu & ini...Aku pun teringin sgt2 nk join contest depa. Tapi..haih..... (mengeluh dulu..) ofisku block segala entertaiment website pulak...Tak dapek nak pollow memollow kawan2 blogger yg buat GA.


Kepada kawan2 yg sudi follow Maria, Thanx u so much dear! Jasamu ku kenang...Maria janji akan follow kamu semua nanti ASAP ye...Muah2! - walaupun xramai tapi im very appreciate kamu - kamu & kamu semua yg sudi follow blog yg xseberapa nie. Thanks again dear!



Nah! Munge utk u olls!!


Nk menunggu lappyku yg perlu diimport dr seberang Laut China Selatan nuuu....haih.....(mengeluh lagi)...Lambat no nk sampai...Tik Tok Tik Tok....


Kesabaran tahap optimum diperlukan di saat ini yep...



Ek? sabar syg ek..Jgn bt muke gitu..gerun nengok!!


Sekarang nie tgh berkira2 nk bt GA juga la sempena ~mylillkingdom~ wujud hampir setahun! (tu pun updated ikut mood..hewhewhew). 


Agak2 ada ke org nk join? Hahaha..perasan sdn bhd ja.


Oklah. Salam sayang dariku..



Mmuah! Bye2^^